Sidang media semalam hangat dengan cerita Datuk Seri Azalina nak saman Mazlan pasal fitnah kaitkan dia dengan RAPID. Amaran diberi kepada si penfitnah untuk membuat kenyataan maaf. Tunggu lah apa yang berlaku selepas ni!
Azalina juga menyebut seramai 90% penduduk tempatan yang terlibat menyambut baik kemasukan projek kompleks petroleum dan gas ni. Manakala yang berhimpun pada ahad lalu ternyata dipenuhi dengan ORANG LUAR dan sekumpulan kecil minoriti penduduk Pengerang iaitu tidak sampai 10%.
Masa menyebut 10% nilah, wartawan pro-pembangkang (MI) mencelah mengatakan - mengapa Azalina tidak mahu mendengar pandangan golongan minoriti? Nampak sangat sengaja mengajukan soalan provokasi. Akhirnya memerangkap diri.
Dengan selamber Azalina panjang lebar membalun wartawan tersebut:
"Awak tidak boleh mentafsirkan, apabila golongan minoriti bersuara, mereka sebenarnya menyuarakan pendapat majoriti. Indikasi yang menunjukkan bahawa suara majoriti menjadi penentu keputusan dinilai menerusi kotak undi. Sama ada projek ini bagus atau tidak, ia ditentukan oleh golongan majoriti. Awak cuba mengatakan golongan minoriti mempunyai kuasa untuk menolak sebuah projek besar - itu tidak adil."
"Ambil contoh Pulau Pinang di mana kerajaan negeri membuat banyak projek besar. Di sana BN adalah parti minoriti. Ramai wakil UMNO dan Gerakan di sana menentang beberapa projek pembangunan, tetapi kerajaan Negeri Pulau Pinang meneruskan juga projek itu kerana mereka kata mereka mempunyai kuasa berdasarkan keputusan pilihanraya. Jadi, keputusan yang dibuat adalah prerogative parti memerintah, sama ada di peringkat negeri atau pusat."
"Awak mesti memahami konsep demokrasi. Awak mesti memahami konsep wakil rakyat. Pada ketika ini wakil rakyat yang memerintah kerajaan ialah BN berdasarkan kepada undi yang diterima. Sekiranya mereka melakukan sesebuah projek pembangunan, awak mesti benarkan program itu diteruskan sehinggalah pemerintahan bertukar. Awak memaksa suara minoriti mengatasi suara majoriti tanpa mengikut prosedur yang betul, iaitu keputusan peti undi."
"Saya sebagai wakil rakyat dipilih majoriti, sudah menjelaskan, kami percaya projek ini bagus untuk rakyat dan sebagai Ahli Parlimen saya akan meyakinkan rakyat ianya bagus. Kerajaan sentiasa konsisten mendahulukan rakyat."
"Awak cuba memberitahu saya bahawa satu kumpulan 3,000 orang datang ke Pengerang dan majoriti daripada jumlah itu adalah orang luar. Awak fikir adakah ia adil untuk orang luar meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada projek kerajaan? Adakah awak fikir ia adil? Sesiapapun boleh berhimpun dan meluahkan rasa tidak puas hati, tetapi akhirnya, keputusan terletak kepada peti undi. Awak mesti adil kepada parti pemerintah. Apa yang berlaku sekarang awak cuba memaksa parti memerintah untuk menerima keputusan minoriti? Saya rasa ia tidak adil,"
Amik ko..itu lah sibuk nak men-Spin fakta jer memanjang..akhirnya memakan diri..sendiri mau ingatlah..lain kali tanya soalan pakai kepala otak..bukan kepala lutut.
BACA JUGAK YANG INI
alamak baru tau bertapa bodohnye puak2 PR ni..
ReplyDelete