Wednesday, October 17, 2012

Anwar Selamber Terajang Jui Meng!


Kita sudah mendengar bermacam-macam skrip wayang puak-puak Pakatan yang berserabut dalam menyatakan pendirian mereka mengenai RAPID sebelum ini. 

Kenyataan awal menolak RAPID, kenyataan lain pula kata terima?? Lepas tu kenyataan awal desak pindah RAPID, tiba-tiba dalam kenyataan lain hendak kekalkan pula?? 


Kami Tolak? Kami Terima? Kami..Pindah? Kami..Kekal? Merupakan kenyataan yang keluar dari mulut kepimpinan mereka sendiri iaitu Chua Jui Meng, Din Pudu dan Wong Chen. KLIK SINI & SINI

Semalam, Pakatan sekali lagi melalui Din Pudu tampil di hadapan puluhan media dengan skrip terbaru mengenai RAPID. Kali ini Din Pudu suruh Anwar pula bersuara mengatakan menyokong pembangunan RAPID ini! 

Skrip baru tapi jalan ceritanya tetap sama.."CERITA AUTA!"

Jika kita ingat kembali kenyataan Jui Meng sewaktu himpunan 'kahak' hijau 30 Sept amat jelas menyebut.
"..Ini mesej Anwar kepada anda semua..bila beliau jadi perdana menteri, projek RAPID ini akan dihentikan."
Sekarang, mengapa Anwar mengeluarkan kenyataan bercanggah dari apa yang Jui Meng ucapkan?! atau Anwar terlupa mengenai skrip yang dimainkan sebelum ini?? Mustahil kesilapan begini berlaku kerana mereka sama parti?? Nampaknya Pakatan tidak sengaja terkantoi dengan skrip baru mereka sendiri.

Kerana pendirian Anwar ini, secara tidak langsung telah menggambarkan bahawa Chua Jui Meng adalah PENIPU! Dengan selamber Anwar terajang dan menghina kredabiliti Jui Meng selaku PENGERUSI PKR Johor! Hahaha..rasanya sekarang Jui Meng baru tersedar yang dia ni sekadar boneka PKR di Johor! Pangkat yang diberikan untuk sedapkan hatinya saja.



Orang-orang PAS sendiri ketawa melihat usaha terdesak naib presiden mereka, Din Pudu sehingga terpaksa meminta bantuan Anwar Ibrahim dalam gerakannya di Pengerang. 

Ya lah..setelah PAS terajang Din Pudu keluar Kelantan..maka kelam kabutlah beliau nak cari jaminan tempat untuk PRU-13 yang semakin hampir. KLIK SINI & SINI

Ternyata orang PAS sendiri ingin melihat karier politik Din Pudu ini terkubur. Kerana majoriti ahli-ahli PAS tahu yang beliau merupakan salah seorang penyokong kumpulan Erdogan



Kumpulan yang menjadi kuda tunggangan Anwar untuk mengawal pergerakan PAS dari dalam. Kumpulan parasit yang telah berjaya merubah banyak dasar perjuangan pemimpin PAS yang asal. 

Sebab itu Anwar dilihat beriya-iya hendak menyelamatkan karier Din Pudu. Bagi memastikan kuda tunggangannya kekal di dalam barisan kepimpinan PAS! 

LAWAK terbaru dalam sidang media semalam, Anwar sengaja memanggil Din Pudu sebagai "Yang Amat Berhormat" (YAB) bagi menjelas isu RAPID lebih lanjut.

Din Pudu seolah mendapat endorsement dari Anwar sebagai bakal MENTERI BESAR JOHOR. Ya lah panggilan YAB hanya untuk Perdana Menteri, Timbalan PM, Menteri Besar dan Ketua Menteri. BACA DI AGENDADAILY

MAJORITI penduduk Pengerang sudah MUAK dengan wayang temberang Pakatan yang tak habis-habis mempolitikkan RAPID. 

Sebabnya...sebelum ini, batang hidung Pakatan pun tak nampak dalam perjuangkan nasib jatuh dan bangun mereka. Mereka tahu selama ini BN lah yang aktif membantu mereka. 

Peliknya selepas kerajaan umum jer RAPID di Pengerang, tiba-tiba muncul Pakatan ntah dari mana nak jadi "Super Hero" penduduk. Ini bukan super hero tapi "Super-Hipokrit"! Penduduk tahu mereka TIDAK IKHLAS!

FAKTA: 90% penduduk tempatan menyokong kemasukan RAPID! Lebih 70% daripadanya sudah pun menerima pampasan dan ada sebahagiannya menerima nilai sehingga lebih setengah juta! 


Perisik: Tak payah beranganlah nak jadi Menteri Besar..Din!! Hahaha


No comments:

Post a Comment