Sekarang pun sudah menunjukkan banyak kecelaruan berlaku dalam pakatan pembangkang mengenai beberapa isu besar dalam negara:
- Isu RAPID - PAS nak tapi bersyarat...DAP menentang...PKR ada nak, ada berdiam diri.
- Isu Filem Hina Islam - PAS membantah...DAP cakap bantah buang masa...Pemimpin PKR cakap umat Islam lemah jiwa BACA SINI.
- Isu Hudud - PAS nak hudud...DAP menentang hudud...PKR berdiam diri
- Isu Langat 2 - PAS-DAP-PKR bergaduh sama sendiri.
Mereka sebelum ini sudah GAGAL dalam mengagalkan projek Lynas yang cuba dipolitikkan oleh MP Kuantan, Fauziah Salleh.
Ini kerana mereka tiada fakta sahih dan gagal mendapat sokongan majoriti penduduk tempatan. Ditambah pula dengan insiden memalukan apabila ada dikalangan wakil rakyat pakatan yang memohon pekerjaan untuk anak mereka di Lynas.
Bila rakyat sudah faham dan menerima projek Lynas, mereka beralih pula kepada RAPID.
"RAPID ini adalah projek raksasa yang melibatkan peruntukan besar dan hab ini dianggap yang terbesar di rantau ini.."
"Saya telah dimaklumkan semalam oleh Datuk Seri Azalina memang dulu penduduk tidak jelas pasal pengambilan tanah, tapi kini dah diselesaikan dan rakyat yang terlibat secara langsung faham. Tapi orang luar pula datang dan spin macam-macam cerita"
"Saya jangka isu ini akan selesai dan selepas itu mereka akan cari lain pula. Mungkin Langat 2? dan satu demi satu sampailah pilihanraya." Tambah Muhyiddin.
No comments:
Post a Comment