Tuesday, October 9, 2012

DIN PUDU Mengigau Di Siang Hari



Lagi kenyataan putar alam dan bercanggah pembangkang mengenai RAPID. Kali ni kenyataan mengigau dari brader din pudu. Ni bukan kes tidur tak basuh kaki, tapi dah tahap teruk lupa mandi wajib dengan air bunga. 

Kenyataan Media semalam di Parlimen..Din Pudu cakap :
"Kita tidak pernah menolak pembangunan di Pengerang. Jaminan saya, RAPID Petronas boleh meneruskan pembangunannya di Johor. Saya tetap berpandangan sekiranya Pakatan diberikan amanah tadbir Johor, mereka boleh membangunkan Pengerang ataupun mana-mana tempat di negeri itu. Tak timbul soal isu nak memindahkan RAPID ke tempat lain atau kita menolak projek ini," 

Apa lagi lu ngarut ni Din? Masa awal-awal, lu buka langkah seribu politikkan RAPID. Bersembur-sembur fitnah dan dakyah ko lemparkan mengatakan RAPID menyekat rezeki, rampas tanah, cemar alam sekitar..bla..bla..bla.. sekarang kenapa ko jilat balik. 

Bila banyak fitnah disangkal, banyak persoalan dijawab dan diburukkan lagi dengan ketiadaan sokongan majoriti penduduk ko ubah skrip. 

Kononnya bersikap neutral dalam hal RAPID ni. Apa-apa lah Din, semua sedia maklum lu tengah kelam kabut nak cari kerusi nak bertanding PRU-13. Kerusi dah ada tapi masalahnya tak ada pengaruh dan sokongan tempatan. 

Disini Perisik hendak tekankan ketidakseragaman dan percanggahan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh rakan-rakan dalam Pakatan termasuk Din Pudu.

Masa himpunan "kahak" hijau di Dataran Sg. Rengit 30 September lalu dengan disaksikan oleh 3,000 para pehimpun, Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng telah pun berucap mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"...ini mesej Anwar kepada anda semua...bila beliau jadi perdana menteri, projek RAPID ini akan dihentikan"


Selepas itu Ketua Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen pula cakap nak pindahkan RAPID ni ke Kerteh, Terengganu.

Sekarang, dari kenyataan lu sendiri cakap bersetuju pula projek RAPID diteruskan di Pengerang!? 

Ternyata pakatan pembangkang tidak memiliki kenyataan rasmi dalam menyatakan pendirian dalam projek RAPID. Kejap nak..kejap taknak..kejap pindah..kejap kekal.

Tak payah banyak bunyi lah Din. Tiga pendapat yang bercanggah sudah cukup untuk membuka mata rakyat Pengerang bahawa permainan wayang pakatan dalam RAPID ini hanya bermotifkan politik semata-mata. Bukan perjuangan ikhlas untuk Rakyat.

Pasal nak buat dialog tu, tak payahlah Din Pudu  susah-susah nak minta sesi perbincangan terbuka. Sebab Kerajaan Negeri dari dulu pun sudah menjalankan sesi perbincangan bersama penduduk. 

Tanpa pemohonan Din Pudu pun, Kerajaan sudah dan tetap akan mengadakan siri-siri perbincangan dengan penduduk. Buat apa lu sibuk-sibuk..lu orang luar!

Kalau kerajaan tak adakan perbincangan, takkan 90% penduduk Pengerang dah menyokong projek RAPID ni. Lagi pun ada diantara penduduk yang terlibat dengan RAPID sudah pun menerima pampasan. 

Nampaknya setelah beberapa siri gerakan jentera pembangkang GAGAL, Din Pudu masih cuba menegakkan benang basah dalam hal RAPID. Sudah ditendang oleh rakan PAS di Kelantan, kini beliau ketandusan sokongan majoriti kerusi parlimen dan ADUN bagi menjamin kemenangan pada PRU13. 

perisik: ko cari tempat lain lah Din..tak pun bersara awal..selesai masalah! 


No comments:

Post a Comment