Friday, October 12, 2012

SUARAM Dikantoikan Mahkamah Perancis


Inilah akibatnya apabila terlalu ghairah nak mencipta fitnah bagi mengaitkan kerajaan sekarang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan isu kapal selam Scorpene. 

Main sebat je mainkan isu tanpa memikirkan sama ada maklumat yang diterima itu benar atau sebaliknya. Kesudahannya dokumen yang NGO SUARAM cipta sendiri pada 13 Mac 2012 dan serahkan kepada mahkamah Perancis telah ditolak bulat-bulat oleh institusi pengadilan disana. Kantoi!
"Ini bermakna kes aduan Suaram berkenaan Scorpene telah dibuang oleh Mahkamah Perancis sejak Mac 2012. Kami ulangi kes aduan Suaram berkenaan Scorpene telah dibuang oleh mahkamah Perancis sejak Mac 2012."
Disebalik kekalutan penolakan, Pakatan tetap terus bermain wayang dengan menipu rakyat khususnya dihadapan penyokong mereka sendiri dengan mengatakan aduan SUARAM telah diterima dan statusnya sebagai pengadu, sudah diiktiraf oleh mahkamah Perancis

Bila dah terdesak penyokong mereka sendiri pun sanggup dorang kelentong! Siap buat wayang kutip derma di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bagi mengumpulkan dana untuk menghadapi kes tersebut di Perancis.

Hakikatnya mereka telah lebih dahulu melacurkan kedaulatan negara dengan menerima bantuan dana asing bagi menjatuhkan kerajaan sekarang. Jumlah dana asing mencecah jutaan ringgit diterima SUARAM sejak dari 2005 sehingga 2011 KLIK SINI:

RM1.6 juta - diterima daripada National Endowment for Democracy (NED) sebuah pertubuhan yang berpengkalan di Amerika Syarikat dan dipimpin tokoh Yahudi, Carl Gershman.
RM845,835 - diterima daripada Open Society Institute (OSI) sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh George Soros, penyagak matawang.

Kalau duit berkoyan-koyan sudah diterima, jadi duit kutip derma yang SUARAM songlap di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tu letak di mana. Dorang sapu habis hilang ntah ke mana. 





Sekarang jelaslah yang slogan "SAPU Malaysia" dorang laung-laungkan selama ini sebenarnya hendak menggambarkan diri mereka sendiri. 

perisik: Pakatan Melacur Kedaulatan Negara! Tolak PAKATAN.

No comments:

Post a Comment