Sunday, October 7, 2012

Lebih 4 Tahun Tak Siap-siap Rancang Kabinet Bayangan??


Tak pasal-pasal melantun puak-puak pakatan bila beberapa blog dan Utusan Malaysia menyiarkan senarai kabinet bayangan mereka. Hahaha..buat apa nak marah-marah, kalau tak betul korang keluar lah senarai kabinet bayangan tu??

Datuk Mustafa Ali ketika ditemuramah mendakwa yang utusan dan blog-blog tersebut sengaja mereka-reka senarai kabinet bayangan berkenaan dengan niat meruntuhkan persefahaman parti PAS-PKR-DAP.


Mari kita tekankan satu perkataan yang disebut oleh Pak Mus iaitu "PERSEFAHAMAN"! 

Selama ni ada ke persefahaman? Kalau betul ada persefahaman sepatutnya tidak menjadi masalah buat pakatan mengeluarkan senarai kabinet bayangan mereka. 

Untuk apa mereka berselindung dari RAKYAT tentang senarai nama yang akan memegang jawatan dalam kabinet? RAKYAT ada hak untuk tahu. Info dari ahli-ahli dalam pakatan sendiri pun menyebut yang mereka masih blurrr dan tak tahu menahu. 

Persefahaman apa macam ni! Jawapan sebenarnya mereka TIDAK ADA PERSEFAHAMAN!

Lagi kenyataan Pak Mus sendiri:
"Tak boleh, PKR atau Pakatan Rakyat tak pernah buat senarai Kabinet bayangan..Takkan sama apa yang orang itu fikir dengan apa kita fikir."
"Perancangan (susunan Kabinet) ada tapi kita tak boleh bagi tau lagi sekarang tunggu lepas kita menang pilihan raya umum..kita umum" 
Sekarang cakap pula ada "PERANCANGAN"! Apa lu cerita lah Pak Mus, dari lepas PRU-12, 2008 sampailah kita di ambang PRU-13 masih GAGAL menunjukkan senarai!?! 

Macam mana dah LEBIH EMPAT TAHUN masih TAK SIAP-SIAP lagi senarai kabinet bayangan tu? Bukannya rancang Projek Mega, bertahun-tahun tak siap-siap.

Dalam hal ni pun masih nak SPIN menunding jari ke arah orang lain. Hakikatnya pertelingkahan yang berlaku pada Pakatan adalah datang dari dalaman mereka sendiri.

Rakyat sudah lama memerhati dan menilai bagaimana tindakbalas pakatan dalam isu-isu filem hina Islam, Lynas, Langat 2, Hudud, RAPID dan banyak lagi. Ternyata ketiga-tiga parti mereka tiada perancangan dan persefahaman dengan mengeluarkan kenyataan lintang pukang. Lebih lanjut BACA SINI dan SINI

perisik: Yang rakyat nampak persefahaman dan perancangan untuk buat kecoh ada lah..apa punya political game lah dorang main!?!

2 comments:

  1. Kabinet Bayangan adalah hayalan. Jadi tak perlu PR tetapkan kabinet bayangan. Puak-puak BN/ UMNO minta PR nyatakan kabinet bayangan untuk membuktikan bahawa PR selalu berhayal. Jadi PR tak perlu nyatakan kabinet bayangan. PR boleh buat draf kabinetnya ke Putrajaya. Tak perlu PR tunjukkan kepada BN/ UMNO draf kabinet itu. Bila dah memerintah Putrajaya barulah nyatakan kabinet itu! PR jangan tertipu.

    ReplyDelete
  2. PR tertipu atas penipuan sesama PR.
    Kabinet bayangan atau draf pakatan bukan untuk UMNO atau BN.
    Tapi untuk Rakyat. Rakyat hendak melihat senarai tersebut.
    Bila kabinet bayangan sudah ada. Barulah rakyat boleh melihat dan menilai dari awal muka-muka yang tersenarai. Menilai sama ada mereka ini benar-benar layak memegang portfolio tersebut.
    Rata-rata pimpinan pakatan tidak mampu "deliver". Cakap tidak serupa bikin. Menfitnah dan mencanangkan keburukan kerajaan.
    Walhal mereka selama lebih 4 tahun masih gagal membuktikan kejayaan yang konkrit untuk dibanggakan.
    Jangan HIPOKRIT menunding jari menyalahkan orang lain. Semua kepincangan dan ketidaktentuan PR adalah dari dalaman PR sendiri

    ReplyDelete