Sunday, September 16, 2012

Karier Politik Salahuddin Bakal Terkubur Di Johor - Part 2



Jentera MANTAP turun mengganggu ketenteraman sempena cuti Hari Malaysia di Pengerang. Perkara ini telah Perisik terangkan dalam posting sebelum ini. Rajin-rajinlah BACA SINI.

Gerakkan MANTAP ini dibentuk oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan, Salahuddin Ayub dan di ketuai oleh Cik Anis Afida Binti Azli anak kelahiran Terengganu. 


Sekali lagi puak pembangkang menggunakan strategi membawa masuk orang luar untuk campurtangan dalam hal setempat. Sedangkan penduduk Pengerang yang majoritinya Melayu menerima dengan hati terbuka kemasukan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Walaupun Salahuddin merupakan anak kelahiran Pontian, Johor. Namun kelangsungan politik beliau hanya boleh diteruskan di luar Johor. 

Bagaimanalah agaknya anak kelahiran ni boleh jadi ahli Parlimen Kubang Kerian? 

Orang cakap ada kena mengena dengan sejarah hitamnya di Pudu Raya. Sejarah yang membuatkan beliau tidak mendapat tempat di kampung sendiri. Tak tahulah apa puncanya orang kampung menolak beliau. Tapi cerita di blog TukangScrew menarik perhatian Perisik untuk renungan pembaca.
"...masyarakat akan kenal siapa Azizah atau Kak Intan sebenarnya yang sebelum ini pernah mempunyai hubungan istimewa dengan YB Salahuddin." - TukangScrew. BACA SINI dan SINI

Adakah kisah Kak Intan ini ada kaitan dengan kisah di Pudu Raya? Adakah ia merupakan dua kisah yang berasingan? Mungkin nama Din Pudu ada kena mengena di antara dua kisah ini? 

Walaubagaimanapun sehingga hari ini Din Pudu tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pendedahan blogger ini.

Setelah nama Din Pudu ini disenaraihitamkan untuk bertanding di kampung sendiri. Din Pudu telah diberi tempat oleh PAS Kelantan untuk bertanding di Kubang Kerian pada PRU-12. 

Kerusi yang menjaminkan kemenangan mudah ini membuatkan namanya berubah kepada Din "Budu" seketika..haha.. Kehadiran beliau tidak lama apabila mendapat tentangan ahli-ahli PAS setempat kerana beliau merupakan orang luar yang ditendang dari Johor. Mungkin orang PAS Kelantan sendiri pun dah tahu kisah hitamnya di Pudu Raya? 

Disebabkan desakan ahli PAS dan penduduk setempat, PAS Kelantan akhirnya akur dan sekali lagi Din Budu 'ditendang' keluar dari menjadi calon untuk PRU-13 di Kelantan. 

Pada mulanya ia dinafikan oleh PAS sendiri, tapi sekarang Perisik lihat Din semakin kelam kabut mencipta pengaruh. Mana tempat lagi nak pergi? 

Akhirnya baliklah Din Budu ke negeri asal kononnya untuk memperjuangkan rakyat Johor? Psss..apa kemajuan yang diperjuangkan di Kubang Kerian selama ini? "KOSONG". Satu lagi tambah nilai untuk ditendang keluar.

Disebabkan ketibaan PRU-13 semakin hampir, Din Pudu terpaksa membuka langkah seribu bagi mengekalkan kesinambungan karier politik beliau. Sebab itu beliau memasang hajat bertanding dua kerusi sekali gus, kerusi Parlimen dan kerusi DUN. BACA SINI

Sebelum tu, misi membina pengaruh perlu direalisasikan. Kalau tidak, bertanding PRU-13 nanti hanya untuk kalah sahaja. Beliau nampak RAPID ini boleh menjadi batu loncatan untuk beliau naik menjadi Ahli Parlimen (MP) di Johor. Kerana itulah KPI parti Pakatan.  Tak reti buat kerja di pejabat buatlah kerja atas jalan atau berceramah kosong. 

Ingin jadi hero memperjuangkan penduduk Pengerang. Walhal Kerajaan Negeri Johor sudah memperjuangkan lama. Ketaranya, sebelum ini Pakatan tak ambil peduli perkembangan penduduk di sini. Bila Kerajaan Negeri bawa masuk RAPID tiba-tiba terpacul lembaga Pakatan depan pintu rumah penduduk. Wat da Hell!

Gerakan jentera Din Pudu bakal gagal kerana kekurangan fakta dan sokongan masyarakat setempat. Beliau tahu, tetapi cuba menunjukkan keadaan terkawal kepada rakan-rakan dalam Pakatan. Jika diteruskan juga hasrat "murni" ini, maka terkuburlah karier politik Salahuddin Ayub.  GAME OVER!

Perisik: Tentangan paling kuat datang hanya dari sekumpulan kecil Cina yang berumah di tanah rizab Melayu. Sebab mereka hanya mendapat pampasan yang kecil berbanding tuan asal tanah di situ. Pekara ini akan didedahkan Perisik nanti. 

No comments:

Post a Comment