Saturday, September 15, 2012

Karier Politik Salahuddin Ayub Bakal Terkubur Di Johor Part -1



Tidak puas menghina sambutan kemerdekaan 31 Ogos lepas dengan memperlekehkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

Puak pembangkang melalui Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub nak buat kacau pula di Pengerang, Johor dikala rakyat bersedia menyambut Hari Malaysia, 16 September 2012 esok.


Sebuah jentera yang dinamakan "MANTAP" telah dibentuk kononnya bagi membela nasib penduduk Pengerang iaitu isu tanah-tanah yang terlibat dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimi (RAPID). Projek ini dapat menarik jumlah pelaburan sehingga RM120 Billion dalam jangkamasa panjang!

Lawaknya jentera "MANTAP" di Pengerang ini diketuai oleh Cik Anis Afida Binti Azli yang merupakan anak kelahiran Terengganu! Lagi sekali orang luar campur tangan dalam isu setempat. 

Sama seperti sebelum ini di Gebeng, Pahang, terkinja-kinja menentang Lynas adalah orang luar. Hakikatnya penduduk tempatan sekitar Gebeng mengalu-alukan projek ini kerana ianya sudah terbukti selamat dan dapat menjana ekonomi di situ. 

Peliknya ada kalangan DUN pembangkang memohon kerja untuk anak-anak mereka di sana. Kalau Lynas tak selamat! Adakah mereka menghantar anak mereka untuk mati !?! 

RAPID pula, majoriti penduduk setempat mengucapkan setinggi terima kasih di atas usaha Kerajaan Negeri Johor membawa masuk pembangunan ke Pengerang. 

Kerana mereka sudah nampak! Selepas ini generasi muda Pengerang tidak perlu lagi keluar ke bandar mencari kerja kerana projek ini dilihat dapat mempelbagaikan lagi peluang pekerjaan yang sebelum ini terhad kepada nelayan, petani dan berniaga. Begitulah usaha generasi lama yang inginkan projek ini diteruskan demi kebaikan generasi akan datang!

Apa Perisik nampak di sini persamaan antara RAPID dan Lynas adalah penerimaan majoriti penduduk setempatnya, yang tidak menolak kemasukan projek-projek pembangunan di tempat mereka. 

Tapi telah di politik melampau dengan maklumat palsu bagi menimbulkan kesangsian dan ketakutan dalam pemikiran penduduk setempat. Antaranya menghebahkan berita auta yang  Kerajaan Negeri Johor telah mencabuli janji dan merampas hak penduduk. LEBIH LANJUT BACA SINI

Jentera MANTAP cuba menghimpunkan penduduk Pengerang dengan menjanjikan bahawa penduduk akan mendapat pampasan berkoyan-koyan jika menyertai mereka

Janji seperti ini telah mereka buat kepada peneroka Felda di beberapa tanah rancangan sebelum ini. Akhirnya peneroka yang terpaksa menanggung beban yuran guaman yang tinggi dan hasil kemenangan berjuta-juta pula di songlap puak pembangkang. BACA SINI

Sedang rezeki datang bergolek ke Pengerang. Puak pembangkang pulak masuk menghalang projek RAPID daripada diteruskan. Mereka terang-terang ingin melihat Pengerang terus mundur serta membunuh masa hadapan generasi akan datang yang majoriti besarnya adalah Melayu.

Perisik lihat usaha MANTAP ini sekadar testing plot untuk political platfom Din Pudu. Dia ingin melihat sejauh mana sokongan penduduk Johor terhadap beliau. Kerana semua tahu yang beliau tengah tak tentu arah mencari tempat untuk bertanding pada PRU-13 apabila PAS Kelantan menolak beliau. 

Dah ditendang keluar dari Kelantan apa yang membuatkan Din Pudu fikir rakyat Johor akan menerima?! Rakan-rakan dalam Pakatan hanya membiarkan beliau terkontang-kanting mencari tempat di Johor kerana tahu usaha ini hanya akan membunuh karier politik beliau.

...bersambung Part-2

No comments:

Post a Comment