Di kalangan kepimpinan pakatan sendiri tampil dengan pelbagai nama yang mahu dinobat sebagai Perdana Menteri berikutnya. Ada yang mahukan penjenayah peliwat, Anwar Ibrahim sebagai PM. Ada yang mahukan Mat Sabu. Ada pula yang sebut Nurul Izzah. Tapi paling terkini nama Tun Mahathir pula disebut-sebut semula.
Reaksi dikalangan pemimpin dan penyokong pakatan sendiri bercampur baur bila mendengar nama Tun disebut sebagai calon PM untuk kali kedua!! Bukan sebab itu sahaja, kerana susuk ini lah yang mereka keji selama ini dengan gelaran Maha Firaun, perompak negara dan macam-macam lagi.
Tidak cukup dengan itu, orang ini jugalah yang bertanggungjawab menyumbat Anwar Ibrahim ke dalam penjara atas kesalahan guna kuasa. Malah pada era beliaulah berpuluh-puluh ahli politik pembangkang ditangkap dan disumbat ke dalam penjara di bawah akta ISA selama berbulan-bulan.
Namun kini, Mahathir yang juga merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menjadi sebahagian dari Pakatan Harapan. Pakatan terpaksa menjilat kembali segala ludah terhadap Mahathir dan sekaligus menutup mata terhadap kezaliman yang telah beliau lakukan di kalangan pemimpin-pemimpin pakatan pada era pemerintahannya.
Seperti kehilangan punca untuk menggerakkan Pakatan. Jalan terdesak yang diambil adalah memilih Mahathir sebagai Perdana Menteri buat kali kedua. Ada kalangan vateran politik dan penyokong pakatan tepuk dahi mendengar berita ini. Ramai dikalangan penyokong tertanya-tanya apa sudah jadi.
Tidak lama selepas tu keluar pula kenyataan menyatakan bahawa Mahathir adalah sekadar PM sementara untuk beberapa bulan. Sebab setelah pakatan menang, mereka akan usahakan pembebasan Anwar Ibrahim sekaligus melantik beliau sebagai PM. Kalangan pengkaji politik tergelak besar mendengar perancangan bodoh ini. Kerana ia adalah cakap kosong yang tak mampu direalisasikan.
Namun berapa ramai yang faham tentang sudut perundangan dan cara perlantikan PM ini. Apakah mereka tahu setelah Anwar bebas, beliau tidak boleh bertanding untuk tempoh lima tahun dari tarikh dia dibebaskan!
Ada pula suara bangang kali kedua menyatakan bahawa mereka akan memansuhkan peruntukan perlembagaan tersebut supaya Anwar boleh terus jadi PM. Sebab proses pemansuhan atau pindaan perlembagaan memakan masa yang lama melalui Dewan Rakyat, Dewan Negara dan YDP Agong. Ia adalah tempoh berbulan-bulan.
Apakah Pakatan lepas memegang tampuk pemerintahan akan mengenepikan isu-isu rakyat, antarabangsa semata-mata untuk membolehkan peliwat menjadi PM?
Apakah anda mahu peliwat menjadi PM?
No comments:
Post a Comment