Wednesday, December 26, 2018

Minyak Mentah Bawah USD50 Setong Hari Ini!


Nampaknya Kerajaan Pakatan bakal membuat semakan semula Bajet 2019! Menteri Kewangan ada menyebut sebelum ini bahawa bajet akan disemak jika minyak mentah jatuh bawah USD50 setong.

http://www.theedgemarkets.com/article/brent-crude-falls-below-us50bbl-1st-time-july-2017

Ramai dikalangan Netizen sudah menyuarakan kekesalan diatas tindakan kerajaan yang menyandarkan bajet kepada harga minyak Mentah.


Ini kerana sebelum bajet 2019 dibentang, sudah banyak laporan dikeluarkan oleh pakar analisis. Pakar sudah mengatakan bahawa harga minyak mentah akan terus merosot sehingga tahun depan. Tapi tidak diendahkan.

Selain daripada itu, Malaysia bukanlah negara pengeluar terbesar dan miliki rizab simpanan yang semakin mengecil. Kenapa hendak teruskan bergantung kepada minyak mentah?

Kerajaan tiada pilihan melainkan mengecilkan bajet, memperkenalkan cukai baharu bagi menampung kelemahan SST serta merompak rizab-rizab di beberapa agensi seperti Khazanah, Petronas.

Nak harapkan tabung harapan menampan kemelesetan nanti? Lupakan lah!

#Fikirfikir


No comments:

Post a Comment