Friday, May 4, 2018

Perkhidmatan Rel Ke SKYPARK Mula Beroperasi


Sebelum ini mod pengangkutan untuk kesana hanyalah bas, teksi atau kenderaan persendirian. Kini pengguna boleh menggunakan perkhidmatan rel sebagai pengangkutan alternatif untuk ke Terminal Skypark yakni Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang Jaya. 

Buat masa ini perkhidmatan rel dari KL Sentral ke Subang Jaya ini akan beroperasi secara percuma selama sebulan. Sambutan pengguna adalah amat menggalakkan bagi merebut peluang merasai sendiri perkhidmatan tersebut.

Perkhidmatan rel beroperasi setiap hari sebanyak 26 kali. Sebagai permulaan kekerapan rel adalah setiap 60minit ke 180minit. Bermula 1 Jun kekerapan operasi adalah setiap 60minit. Tren ini mampu menampung 300 penumpang dalam satu masa dengan 200 tempat duduk disediakan.

Jika dulu pilihan utama pengguna dalam dan luar negara akan memilih KLIA 1 dan 2 untuk melancong kerana adanya perkhidmatan ERL ekspres yang terus ke dua terminal tersebut. Dengan adanya rel Skypark ini, pengguna sudah mempunyai tambahan pilihan untuk melancong.  

No comments:

Post a Comment