Saturday, June 16, 2018

Seri Perdana! Sambut Aidilfitri Ke Tahun Baru Cina!??


Begitulah kedengaran komen orang ramai yang melihat keadaan rumah terbuka raya yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Kita faham majlis terbuka untuk orang awam tanpa mengira latar belakang usia dan kaum. Namun kebanjiran kaum cina amat ketara kali ini berbanding majlis rumah terbuka tahun- tahun sebelum ini.

Mungkin ramai tak perasan bahawa kemenangan utama PH sehingga meletakkan Mahathir kembali ke Putrajaya adalah kerana lebih 95% pengundi cina memilih Pakatan PRU lepas. Hanya 25% sahaja pengundi melayu memangkah PH. 



gambar atas majlis 2018 dan gambar bawah majlis 2016/17

Melihat kepada statistik pengundi PRU15 ini. Tidak hairanlah mengapa lebih 50ribu yang betandang ke majlis bersama pemimpin PH semalam adalah majoriti cina. 

Jadi perhatikan betul-betul cakap dan tindakan Mahathir. Sebab beliau nampak ketara seronok berkung fu dari bersilat. Kalau perasan takbir raya juga kurang ke udara di rangkaian TV seperti Aidilfitri Syawal pertama dan kedua sebelum ni. Ia bagai terhenti dan dibuang begitu sahaja!

No comments:

Post a Comment