Wednesday, December 26, 2018

Siapa Yang Sengaja Tangguh Tangkap Pembunuh Adib?


Sehingga hari ini tiada sebarang tangkapan terhadap pembunuh Adib. Apakah begini pengakhira petugas Bomba yang cuba menjalankan tugas pada malam kekecohan kuil di Seafield. Dibelasah oleh perusuh sehingga maut tanpa pembelaan?

Menurut saksi kejadian dikalangan rakan Adib sendiri mengesahkan bahawa Adib telah diheret keluar dari jentera Bomba dan dibelasah hingga parah dan tidak sedarkan diri.


Rawatan di hospital dan siasatan polis telah sahkan kecederaan Adib adalah akibat dipukul. Bukannya dilanggar seperti didakwa pihak kuil. Beberapa pesalah telah ditangkap, malangnya dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan.

Kini sudah lebih seminggu. Pembunuh masih bebas?! Pihak, NGO, barisan pemimpin dan bekas ketua polis telah membuat desakan supaya tindakan segera diambil. 

Rakyat juga mendesak supaya menteri dan exco yang menjadi punca tercetusknya api perkauman dipecat serta merta. Namun semua itu tidak diendahkan Kerajaan.

Hari ini pelbagai kenyataan dan laporan yang meragukan kita dengar. Pihak polis seperti tidak puas hati dengan laporan perubatan dan bedah siasat yang diterima. 

Seolah ada tangan ghaib yang sedang mencaturkan sesuatu supaya kes Adib ini didiamkan. Adakah tangan ghaib ini cuba hendak mengubah kes klasifikasi bunuh kepada kesalahan lebih ringan?

Hari ini keluar laporan kata hendak tunggu laporan ujian darah dilakukan. Apa kenyataan pelik bakal kita dengar selepas hasil ujian ini keluar?

1. pihak hospital cuai?
2. keracunan?
3. Kematian Adib tidak berpunca dari serangan perusuh?

Pihak kerajaan hari ini cuba redakan ketegangan? Atau tambah api kemarahan rakyat?

#Fikirfikir

No comments:

Post a Comment