Tuesday, June 5, 2018

Kata-kata Pujangga Apabila Kerajaan Dikritik


Selepas PRU14 pelbagai reaksi di terima dari pro Kerajaan apabila rakyat mula bertanyakan tentang janji-janji manifesto yang dicanang sewaktu kempen piliharaya lalu.

Tidak kurang juga rakyat yang mempersoalkan tentang tindakan kerajaan dalam memansuhkan projek-projek mega kepentingan rakyat serta tindakan menarik diri dari terus menuntut hak Pulau Batu Putih.

Jadi timbullah kata-kata pujangga yang menjadi hiburan rakyat jelata:
  • Kami tak kisah manifesto betul2 dilaksanakan atau tidak. Yang penting BN tumbang.
  • Eh satu-satu boleh tak? Tun nak tolong pon dah cukup baik.
  • Najib tinggalkan hutang 1T. Kau sibuk pasal manifesto.
  • Kau bukan undi PH pon. Orang yang undi PH pon tak bising.
  • Semalam kahwin takkan harini boleh ber anak.
  • Belum 100 hari bang. Sabar la.
  • Haloo bro.. simpan duit kat asb pun kena tunggu setahun baru dapat dividen...
  • Rindu zaman tun rm50 penuh troli dan minyak petrol harga 1.50
  • Ala dia ni dulu penyokong kuat UMNO tu... Abaikan jela....
  • Tak suka gan TUN n PH sila mereput pindah dari malaysia..mcm zahid hamidi cakap...jawa ponorogo tu ..janji UMNO pupus..
  • Hati & jiwa rosak tak sabar..60 tahun kau bole sabar..ni belum 30 hari dah bising..
  • Ala bising plk , yg sebenarnya janji2 tu akan dilaksanakan juga tggu Masa je skrg ni negara tgh tenat hutang kot , xkan Hari ni kau Bela anak kucing esok terus jadi kucing dewasa ... Sabar lah
  • Tun hanya Fikir Negara Bukan Rakyat . Biar Rakyat miskin Janji Negara Majuuuuuuuuuu . Biar Rakyat dibuang kerja Asalkan Negara malaysia Banyak Tugu² besar Yg boleh ditunjuk² kpd Negara Luooooo .
  • Kalau dia berjanjji pun kpd pengundi PH..yg  Korg bising tu dah knpa??
  • Saya yg sokong PH tak nak tuntut apa apa dari manefesto PRU14 hari tu, yg saya tuntut siasat, dakwa dan hukum mati pengkhianat perompak wang negara
  • Sabar la.... bayi pun ambil masa 9 bulan baru boleh berjalan...
  • Sy undi ph mau anwar d bebas kan. harga brg mahal tk penting janji nuar bebas...ph menang anwar senang
  • INI SEMUA SALAH PAS!!!
  • 100hari kalau berniaga pun, belum tentu untung..
  • Nak manifesto terlaksana pun agak2 la.. Klu org bsalin pun pantang x habis lagi... Luka masih berdarah... Adooiii nape la byak letak otak kt lutut
  • Sebelum pru : aku pelik tngok org BN ni.. nak bgi minyak murah.. nak bgi ptptn percuma.. nk bgi tol percuma.. tu pun xnak!
  • Selepas pru : kami undi sbb tun
  • Bro harga minyak nak diseragamkan bukan mudah. Nak kaji pasaran luar lagi. Satu2 lah. Kau masa sekolah dulu, cikgu bagi kerja sekolah pun kau siap kan satu2.. Mana mungkin tangan dua menulis ke 10 buah buku serentak.. sabar ler sikit..
  • Tun belum rehat lagi tau.. Aku nak menitik air mata dok tengok tun buat kerja dari sebelum pru sampai la hari ni. Banyak sangat kerosakan bn buat. Aku memang marah sangat dengan puak umno ni
  • Please la ..go to the prees con your self..put all the question here bazir my time reading only.....
  • Apa salahnya derma untuk negara kita sendiri.. Takkan nak harap hasil bumi Malaysia yg ada minyak, sawit, getah yg berbillion lemon tu je. kita blh keluar sumbangan. asal BN tumbang
  • BAB harga Brang Aku Xambik Kesah Manifesto Aku Letak Tepi Dlu...Yg Aku Nak Tgokkk Puak2 Tuu Kena Humban
  • Mmg la lambat harga brg mau turun..smua org PH pun tau..mcm gst dulu..dekat 2 tahun br terkesan kenaikan harga barang..yg memekak mcm sakai skrg macai bn umno tongong yg konon2nya diorang undi PH pru lepas....phuiiii
  • tuntut janjji 61 Thun dgn 3 minggu sama ke??
  • Ptut lbh utmakn derma kpda ngara..bkn kpda org susah
  • Mungkin sebab bila pembatalan HSR Malaysia kena bayar pampasan pada Singapura untuk ganti rugi.. dalam masa yang masa isu batu putih ni boleh jadi ganti rugi untuk pembayaran pampasan HSR dan secara automatik kerajaan tak perlu keluar modal rm500 juta lagi untuk urusan pampasan..
  • Lebih baik minta duit rakyat daripada mencuri duit rakyat
  • Umno /BN Penyebab pulau Batu Putih ini terlepas ke tgn Singapura...baru skrg Khaled nordin nk menyalak...



1 comment: