Friday, June 1, 2018

Rakyat Dipukau Penipuan Hutang Negara


Apa wayang yang sedang dimainkan oleh Kerajaan PH? Sejak menguasai Putrajaya tindak tanduk kerajaan tampak cuai, banyak kesilapan serta berlaku konflik kenyataaan antara pemimpin. Atau sebenarnya segala kesilapan kenyataan oleh perdana menteri dan menteri kewangan tentang hutang negara sengaja dibuat-buat. 

Kita semua ketawa tentang cacamarba kenyataan hutang negara oleh kerajaan. Pada mulanya RM600billion, selepas itu RM1trillion, kemudian kembali kepada angka RM600billion. Adakah mereka benar-benar tidak tahu tentang angka hutang serta definisi hutang negara? 

Kita boleh terus tertawakan mereka, tapi jangan kita lupa barisan pakar ekonomi, pakar kewangan, ahli perniagaan yang berada di belakang mereka. Apakah Tan Sri Zeti bekas gabenor bank negara tidak nasihat tentang definisi hutang negara sebenar? Apakah Jomo profesor ekonomi tidak jelas tentang situasi semasa ekonomi negara? Jadi...

Mustahil mereka tidak tahu ratio hutang negara kini berbanding GDP adalah dalam 50.8%!



Dari sini tergerak untuk meneliti semula perjalanan nilai ringgit, saham, harga minyak dan kenyataan berkaitan ekonomi selepas 9hb Mei. Kebiasaannya, mana-mana negara yang berlaku peralihan kuasa selepas pilihanraya akan berlaku panik pada pasaran saham. Bermakna kejatuhan saham adalah dijangka untuk beberapa minggu.

Ini berikutan pelabur masih kabur tentang hala tuju dan dasar kerajaan baharu dalam memacu ekonomi negara. Dalam masa seminggu lebih RM2billion modal telah ditarik keluar pelabur. Kemerosotan ratus juta modal terus berlaku pada minggu berikutnya dan BSKL jatuh lebih 60 mata. Ekoran daripada itu kedudukan ringgit turut terjejas menghampiri RM4 bagi USD1.

Dalam kecelaruan pasaran, kerajaan tampak bersahaja dan agak lembab dalam meyakinkan semula pelabur. Kesannya banyak saham-saham syarikat gergasi negara seperti perbankan dan petroleum mengalami kejatuhan. Seolah kejatuhan saham ini sengaja dibiarkan untuk satu tempoh beberapa minggu mendatang.

Dalam pada itu, kerajaan terus melakukan beberapa kejutan lagi pada pasaran seperti usaha membatalkan projek-projek mega negara iaitu ECRL, HSR dan MRT3. Dengan alasan mengurangkan Hutang Negara. Kemudian mereka mengumumkan sesuatu pelik dengan membentuk Tabung Harapan, sekali lagi alasan kurangkan Hutang Negara diberikan. Ada gambaran negatif bila Tabung ini dibentuk. (perkara ini akan dihuraikan kemudian dan alasan Korea Selatan pernah lakukan adalah perbandingan yang tidak setara dengan situasi negara sekarang).

Semua pengumuman ini telah menakutkan para pelabur dan aliran keluar modal terus berlaku. Sebelum itu kerajaan juga ada bercadang untuk menyenaraikan IPO Petronas bagi menjana RM150-200billion apabila 25% saham diniagakan. Cuba teka tujuan apa buat semua ni? Ya. kurangkan hutang negara! 


Rakyat pula bagai dipukau dengan alasan kerajaan mengenai Hutang Negara! Mereka mengangguk tanpa memahami situasi hutang negara dan definisi sebenarnya. Istilah ini sengaja digembar-gembur berulang kali sehingga rakyat mula percaya bahawa kerajaan tidak boleh laksana semua manifesto dalam 100 hari kerana hutang negara.

Bukan sahaja rakyat, malah para pelabur juga turut terpedaya dengan mainan hutang negara ini dan bertindak membawa keluar modal. Tapi melihat kepada panik pasaran begini, apakah barisan pakar dibelakang kerajaan tidak menyuarakan kebimbangan? Atau sengaja membiarkan dan suatu langkah sulit lebih besar sedang diatur oleh mereka?

Apakah barisan taikun-taikun bilionair dalam dan luar negara yang tiba-tiba muncul selepas PRU14 ada kene mengena dengan pengumuman rancangan menyenarai IPO Petronas! IPO Petronas merupakan saham mewah/mahal! Rakyat marhaen hanya mampu membeli jumlah kecil unit sahaja bila IPO ini disenaraikan. 



Siapa yang akan memborong majoriti unit nanti! Adakah kita akan membiarkan pegangan saham Petronas biar dikuasai oleh pelabur luar? Sudah pasti keutamaan kepada warga negara yakni taikun-taikun billionair disebut tadi.

Kita lihat sejauh mana kerajaan pakatan akan terus bermain wayang manipulasi perihal Hutang Negara ini!


No comments:

Post a Comment