Saturday, February 24, 2018

Makanan Bijirin Pun Jadi Modal Fitnah Pakatan


Tergelak melihat telatah pembangkang yang semakin hari semakin ketandusan idea dalam mencari peluru untuk memburukkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mana mungkin rakyat lupa akan fitnah pembangkang dalam isu Felda bakal bankrap, Tabung Haji bakal bankrap, 1MDB bakal bankrap dan lebih dramatik Malaysia pula difitnah bakal bankrap. Kesudahannya yang jelas bankrap hanyalah pembangkang yang tiada lagi modal fitnah untuk dimainkan. Apa yang berlaku dikitar semula segala fitnah yang telah dijawab berulang kali.

Strategi ulangan ini adalah bagi mengekalkan momentum penyebaran fitnah di laman sosial, forum dan blog. Kerana setiap hari ada sahaja pengguna baru di kalangan belia yakni pelajar kolej dan universiti yang secara kebetulan membaca berita fitnah tersebut. Strategi ini mampu mempengaruhi pemikiran pembaca muda yang belum faham akan selok belok bagi mengenali yang mana fakta dan yang mana auta.

Setelah lama dengan ulang tayang fitnah-fitnah lama, kali ini pkatan pembangkang tampil dengan modal fitnah terbaru iaitu mesensasikan bijiran yang dimakan DS Najib adalah bijiran paling mahal dengan membandingkan ia dengan beras. Mereka ingin menimbulkan persepsi kononnya PM makan mewah tapi rakyat tidak.

Taktik murahan begini kalau dinilai singkat ramai kalangan rakyat yang akan terpedaya. Walhal definisi mewah bukan pada makan sahaja. Mewah juga pada pakaian dan aset.

Kalau ikut logik ini adalah tidak salah jika kita membandingkan Azmin Ali mewah dengan Ferrari sedangkan rakyat hanya ber-Viva. Atau membandingkan Zuraidah yang ada 7 buah kereta dengan rakyat yang hanya ada sebuah basikal. Ini belum lagi menyentuh tentang kemewahan menyimpan duit empat juta dalam almari dan banglo disneyland di Ampang.

Mereka hendak memainkan persepsi kemewahan pemimpin BN dengan rakyat biasa. Sedangkan pakatan sendiri bermewah-mewah dengan kereta besar, rumah besar, sejumlah aset-aset tanah, bangunan komersial, senarai syarikat proksi, saham-saham dan macam-macam lagi yang telah didedahkan sebelum ini.

Memang lucu bila mereka hendak menutup kejelikan kemewahan luar jangka kalangan pemimpin pakatan dengan semangkuk bijirin. Ha..ha..ha

No comments:

Post a Comment