Senario politik berubah mendadak dalam masa kurang setahun peralihan kuasa. Kekuatan parti terbesar BN yakni UMNO yang gah dengan lebih 100 kerusi sebelum PRU12 merosot kepada kurang 40 kerusi hari ini.
Jangan dinafikan! Perkembangan sebegini sememangnya beri kesan kepada mentaliti penyokong serta akar umbi UMNO. Motivasi akar umbi bagai dicarik halus sedikit demi sedikit dengan mainan psikologi lawan.
Jangan terlalu yakin dengan berkata yang melompat hanyalah pemimpin tetapi penyokong dan akar umbi kekal setia. Adakah ini benar???
Sebab kata beginilah yang diulang ucap sebelum PRU14 bahawa BN sedang mendapat majoriti dan bakal menang. Kesudahannya tergigit lidah apabila diucap tidak selari dengan apa terjadi.
Keadaan parah begini, adalah baik diadakan mesyuarat dan pungutan suara disetiap peringkat dari kalangan ahli parlimen UMNO, Majlis Tertinggi, ketua bahagian dan cawangan.
Jangan dibiarkan senario ini berterusan kerana dari parah membarah bawa ke rebah. Langkah damage control perlu segera digerakkan supaya moral dan motivasi penyokong terus yakin dengan UMNO.
Apa guna kepimpinan dalaman UMNO terus menunding dan mengugut jika diri sendiri tidak mahu berunding. Hentikan menunding! Mulakan Berunding!
No comments:
Post a Comment