Semalam lagi sudah hebah di laman facebook kenyataan media oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tentang penamatan tempoh konsesi tol di jajaran KL - Seremban Expressway dan Salak Expressway.
Kata kunci disini adalah "PENAMATAN TEMPOH".
Agak pelik mengapa pro kerajaan PH gagal memahami kenyataan rasmi LLM ini. Ramai pula bersorak kerana telah mengandaikan Kerajaan PH telah berjaya tunaikan janji mansuhkan tol.
Mereka berulang menafikan kebenaran seperti mana mereka gagal memahami definisi jumlah sebenar hutang negara yakni RM680billion bukannya RM1trillion atau RM1.3trillion. Malangnya mereka tetap berpegang pada angka Trillion.
Fakta disini, kontrak konsesi jajaran tersebut sememangnya sudah dijadual tamat pada 11.59pm 31 Mei 2018. Sebab itu tiada lagi tol dikutip bermula 12pagi 1 Jun.
Projek jajaran ini mula beroperasi pada era Perdana Menteri Ke-4 dan kontrak terbabit tidak diperbaharui oleh Perdana Menteri ke-5 mahupun Perdana Menteri ke-6.
Projek jajaran ini mula beroperasi pada era Perdana Menteri Ke-4 dan kontrak terbabit tidak diperbaharui oleh Perdana Menteri ke-5 mahupun Perdana Menteri ke-6.
Jadi tiada sebarang campur tangan kerajaan PH di sini. Hitam putihnya jelas, "tempoh konsesi tamat". Ini bermakna kerajaan PH masih belum memansuhkan sebarang Tol lebuhraya seperti dijanjikan dalam manifesto.
Untuk pengetahuan kos mansuhkan atau ambil alih semua konsesi lebuhraya bertol menelan belanja yang sangat besar sehingga RM400 billion! (DI SINI).
Memandangkan sumber pendapatan dari cukai perkhidmatan dan barangan (GST) hilang kerana sudah zero rated. Apakah idea menyenaraikan IPO Petronas salah satu cara kerajaan PH langsaikan sebahagian kos ambil alih nanti? Tak mustahil!

No comments:
Post a Comment