Sunday, December 7, 2014

Serangan Terancang Musuh Islam Terhadap Mashitah


Ternyata ucapan Dato Dr. Mashitah Ibrahim pada Perhimpunan Agung Umno 2014 lepas telah membuka mata ramai pihak tentang permasalahan dan ancaman terhadap Islam di negara ini. Pelbagai isu-isu dibangkitkan tentang penghinaan agama, gerakan ekstremis, kerosakan akidah dan banyak lagi.

Malangnya cuba dikelirukan puak pembangkang dengan memfokuskan isu ustaz dan ustazah ekspres sahaja. Rakyat harus sedar bahawa isu ini telah disalah tafsir bagi tujuan mencipta persepsi buruk terhadap Mashitah.

Sensasi berlebihan terhadap satu isu ini secara tidak sengaja mengalihkan perhatian kita kepada isu penting yang lain seperti penghinaan azan, hina nabi, hina puasa, hina aidilfitri, ancaman syiah, wahabi, liberalisme, sekularisme, pluralisme, murtad, penggunaan kalimah Allah dan bible bahasa melayu!!

Inilah strategi musuh Islam melalui pembangkang yang cuba menggagalkan usaha memelihara kedaulatan Islam yang terancam di negara ini? Lebih mengeruhkan keadaan apabila ada juga umat Islam yang terpedaya mengiyakan sahaja segala dakyah yang disampaikan.

Kesudahannya kita terus bercakaran sesama kita akan isu yang sengaja dipolitikkan sehingga terabai untuk menangani masalah besar yang lain. Agenda licik begini sudah pernah berlaku dalam beberapa siri penghinaan terhadap Islam yang lain. Seperti insiden cubaan murtad yang pernah berlaku di salah sebuah gereja di Subang. 

Jabatan Agama Islam Selangor telah bertindak mengikut akta yang ada menghalang cubaan itu. Tetapi timbul kritikan keras terhadap tindakan JAIS, peliknya kritikan itu datang dari umat Islam sendiri dari kalangan pembangkang?! Apa sudah jadi!

Mengapa wujud anasir parasit yang sanggup menjadi pengkhianat menghancurkan Islam dari dalam? Islam dihina tapi orang Islam juga yang menjadi barua mempertahankan penghinaan tersebut.

Bila ini terjadi, generasi muda menjadi mangsa terkeliru dan ada pula yang mula menyokong murtad atas dasar hak kebebasan beragama! Musuh Islam tidak perlu bersusah payah menyerang kerana sudah ada barua dalam Islam yang menjalankan tugas-tugas mereka.

Dengan perlahan kita sendiri sedang meruntuhkan masjid dalam perbalahan ini sedikit demi sedikit. Sekaligus memberi laluan buat musuh Islam untuk menyelinap masuk mendirikan gereja, tokong dan kuil.

Adakah kita mahu biarkan perkara ini berlaku? Sudah tentu TIDAK! 

Jadi jangan biarkan diri kita terpedaya dan terpengaruh akan gerakan licik yang terus menerus menyerang Mashitah yang lantang mengkritik musuh Islam. Fahami seluruh ucapan Mashitah yang ingin mengajak Islam bersatu memelihara kedaulatan Islam.


No comments:

Post a Comment