Monday, December 8, 2014

Lima Laporan Polis?? Mashitah Tak Goyang!!


DAP bagai cacing kepanasan dengan ucapan Dato Dr. Mashitah pada PAU lepas mengenai isu bakar Al-Quran yang dilaporkan berlaku di Kedah. Kenyataan Mashitah tersebut kononnya boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama sehingga lima laporan polis dibuat terhadap beliau.

Hanya pesalah sahaja akan menggelabah. Dalam hal ini, DAP lebih gelabah beriya-iya nak buat laporan polis macam perang nak meletus. Nak tampil hero atau ada benda hendak disembunyi. Mungkin mereka fikir ini peluang terbaik nak kaitkan UMNO cuba timbulkan ketegangan agama dan perkauman. 

Buat drama macam mana pun, DAP tidak akan dapat menghakis imej rasis dan samseng yang turut terpalit dengan insiden 13 Mei dan Komunis! Harapan mencipta jalan pintas untuk lari dari gelaran parti chauvanist rasis tak menjadi!! 

Lima atau lima ratus laporan polis yang dibuat belum mampu membuatkan Mashitah goyang. Difahamkan Mashitah telah pun ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi petang semalam untuk diambil keterangan. 

Nampaknya DAP boleh lupakan hasrat untuk memburukkan UMNO dan mengunci Mashitah dengan isu ini. Kerana serangan DAP ini, hanya mengembalikan sokongan rakyat terhadap Mashitah untuk terus konsisten dalam usaha menyedarkan umat Islam akan pemasalahan akidah dan ancaman Islam yang semakin kerap berlaku di negara ini. 

Sudah lebih seminggu isu ditimbulkan agak hairan mengapa DAP dibiar keseorangan. Rakan dari PAS dan PKR seolah mengasingkan diri dari terlibat sama. Pembangkang Kedah pula kelihatan lumpuh, membiarkan sahaja orang luar dari Johor (Gelang Patah dan Kulai) dan Pulau Pinang (Batu Kawan) memainkan isu ini.

Adakah majoriti pembangkang menafikan tindakan DAP ini? Adakah mereka tahu kejadian ini benar-benar berlaku? Betulkah individu sakit mental menjadi dalangnya? Mungkin wakil rakyat Kubang Rotan dari PAS sudah tahu kisah sebenar yang berlaku di DUNnya dan sebab itu enggan bersengkongkol dengan mainan jijik DAP.

Apakah kisah sebenar yang cuba disembunyikan oleh DAP ni? Mereka tak tahu atau buat-buat tak tau?

No comments:

Post a Comment