Monday, December 15, 2014

Pendidikan Pelaburan Terbaik Masa Depan - Ehsanuddin


Kemajuan sesebuah negara amat bergantung kepada ketinggian ilmu warganya. Dengan adanya ilmu, terbentuklah komuniti pakar dalam pelbagai bidang seperti jurutera, perubatan, perniagaan, perdagangan dan banyak lagi. Untuk itu, penekanan kepada pendidikan menjadi teras utama bagi melahirkan modal insan berkualiti.

Tidak hairanlah, mengapa majoriti negara-negara di dunia amat menitik beratkan sektor pendidikan. Malaysia sendiri dalam setiap belanjawan tahunan juga memperuntukan bajet terbesar untuk pendidikan. Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan RM56 Bilion peruntukkan untuk sektor pendidikan. Jumlah yang sama juga diumumkan pada Bajet 2015 lepas.


Ternyata kerajaan komited dan konsisten dalam memastikan rakyat mendapat pendidikan sewajarnya. Dengan ilmu yang dimiliki nanti, rakyat di harap dapat memainkan peranan penting dalam menyumbang pembangunan negara kelak. 

Kepentingan pendidikan ini turut diberi perhatian oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Hj. Ehsanuddin Narrashid bagi mengingatkan ibu bapa tentang peri pentingnya menimba ilmu pengetahuan di kalangan anak-anak warga Kota Tinggi. 






Buku teks tersedia, yuran sekolah tidak perlu dibayar, Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) juga turut disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu dan menggalakkan anak-anak kita belajar. Tiada alasan lagi untuk tidak menghantar anak ke sekolah, memandangkan pelbagai kemudahan dan bantuan tersedia dalam sektor pendidikan ini.

Di Parlimen Kota Tinggi sendiri, seramai 500 pelajar menerima bantuan tambahan kelengkapan persekolahan. Majlis penyampaian bantuan kelengkapan persekolahan ini merupakan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi, JPMM DUN Sedili dan DUN Johor Lama, Yayasan Mesra dan PLUS.


"pendidikan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan dan belanjawan 2015, peruntukan pendidikan adalah yang terbesar dari lain-lain peruntukan" - Datuk Haji Ehsanuddin Narrashid.







No comments:

Post a Comment