Kepincangan dan ancaman ini membawa kepada penekanan konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan yang sering kali dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di setiap langkah bersama rakyat.
Oleh demikian satu anjakan telah dilakukan oleh Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia melalui Program Wacana Wasatiyyah bagi membincangkan konsep sebenar, pembentukan kepimpinan, penerapan nilai dan pemikiran wasatiyyah serta isu-isu semasa.
Program wacana ini diketuai oleh Pengerusi Eksekutif YPPM, Dato Dr Mashitah Ibrahim dengan penyertaan barisan panel lain iaitu pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah dan kolumnis akhbar Berita Harian, Juhaidi Yean Abdullah.
Sambutan program ini menerima respon amat menggalakkan dari Ireland, Mesir, Australia dan New Zealand kerana rata-rata peserta ingin mengetahui lebih jelas tentang konsep Wasatiyyah ini. Terbaru, program wacana wasatiyyah bertandang pula ke Korea Selatan dengan penyertaan 100 pelajar Malaysia yang menuntut di 8 buah universiti di sana. Dialog program ini berlangsung di Universiti Dongyang Mirae, Seoul.
Usaha YPP1M ini seiringan dengan hasrat yang dibawa oleh Najib dan kena dengan keperluan semasa. Penerapan nilai wasatiyyah ini dapat menjadi benteng rakyat terutamanya belia dari terpedaya dengan dakyah ekstremis yang mempergunakan nama Islam. Ilmu yang diterima dari program ini diharap memberi manfaat dalam pembentukan kepimpinan wasatiyyah di masa depan.
No comments:
Post a Comment