Saturday, December 27, 2014

Guan Eng Biarkan PAS Hanyut!!


Umum tahu akan sikap DAP yang sering bertelagah dengan banyak keputusan PAS terutamanya dalam perlaksanaan Hudud. DAP melalui para pimpinannya lancang mengkritik PAS dan menyuruh parti bulan tersebut berhenti dari melaksanakan Hudud di Kelantan.

Hudud ini baru satu isu yang menjadi pertikaman DAP dengan PAS. Ahli-ahli PAS akar umbi sendiri pun dah panas dengan tingkah laku DAP yang beriya-iya hendak menggunakan Kalimah Allah dan Bible dalam bahasa melayu di negara ini. 

Sudah beratus tahun penganut Kristian di negara ini tiada masalah mengamalkan ajaran mereka tanpa Kalimah Allah dan tanpa bible bahasa melayu. Jadi apa agenda sebenar puak chauvanist ni.

Sejak kebelakangan ini juga, Presiden PAS, Datuk Hadi Awang semakin tawar hati untuk hadir sebarang mesyuarat semeja bersama DAP. Dua parti ini juga saling cabar mencabar antara satu lain untuk keluar pakatan.

Tidak hairanlah dalam keadaan PAS di Kelantan di landa musibah. Respon dari rakan pakatan amat lembab. Apa yang mereka sibuk adalah mencipta fitnah menyalahkan kerajaan pusat lambat bertindak untuk meluluskan geran banjir. Sehingga memaksa PKR Selangor meluluskan bantuan banjir sebanyak RM1 juta kepada Kelantan. Itupun diumumkan setelah seminggu banjir berlaku.

Walhal Kerajaan pusat telah mengumumkan peruntukan khas banjir lebih awal sebanyak RM50 juta untuk negeri-negeri yang terjejas banjir dan nilai tersebut akan bertambah dari masa ke semasa mengikut keperluan. Kelewatan puak pembangkang untuk respon membantu PAS ditutup dengan menghebahkan hinaan dan cerca terhadap kerajaan pusat.

Kesudahannya taktik begitu hanya memakan diri, apabila rakyat sendiri terutamanya penyokong tegar pembangkang tertanya-tanya mana perginya Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Guan Eng? Rupa-rupanya ketiga pemimpin zuhud ini sedang seronok bercuti di New Zealand dan Perancis di kala pengundi mereka semakin tenggelam banjir.


Patutlah beriya-iya puak pembangkang terutamanya media totok mereka galak merekayasa cerita memfitnah kerajaan, PM, TPM dan agensi-agensi yang terlibat. Rupanya mereka hendak mengalihkan perhatian rakyat dari kesedapan pemimpin mereka bercuti.

DAP sehingga sekarang gagal mengemukakan sebarang cadangan atau bantuan kepada PAS. Tanda protes? Anda nilailah sendiri. Agak janggal apabila alasan bajet bencana adalah tanggungjawab kerajaan pusat semata-mata. Senangnya jadi pembangkang, apabila soal nyawa terancam boleh lepas tangan dan biarkan kerajaan pusat yang menguruskannya.

Sedangkan sewaktu PRU lepas, berjuta-juta ringgit dapat dibelanjakan bagi tujuan kempen. Tapi bila tiba hal bencana begini, terus membisu dan payah hendak mengumumkan bantuan. Adakah pembangkang ini hanya sanggup keluar duit banyak pada musim pilihanraya sahaja? Ternyata segala usaha meraih undi rakyat di setiap pilahanraya hanya lakonan semata-mata.

No comments:

Post a Comment