Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berharap program inkubator ini dapat memberi kemahiran dan latihan sewajarnya dengan pemantauan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
Sehingga 2015, sebanyak 5058 warga ibu tunggal menerima manfaat daripada I-Kit, manakala I-KueNita telah membantu seramai 7719 golongan wanita berpendapatan rendah. Dua program inkubator keusahawanan ini menekankan bantuan perniagaan berlandaskan kemahiran dan keupayaan individu.
Setiap peserta inkubator I-Kit dan I-KueNita ini akan diberikan latihan dan bimbingan kemahiran yang boleh dikomersialkan. Bantu peserta tingkatkan kemampuan diri dalam pengurusan perniagaan. Paling penting dapat memberi pendedahan tentang peluang yang tersedia ada bagi golongan wanita dan ibu tunggal.
Perlu ditekankan bahawa setiap bantuan kerajaan ini adalah bagi tujuan pendidikan kendiri. Peserta tidak boleh terus menerus mesti diberikan bantuan kewangan. Kata orang lebih baik diajar cara menangkap ikan, dari memberikan ikan. Jika diajar, kita akan belajar untuk teruskan kehidupan tanpa perlu bergantung harap. Jika diberi, kita hanya berharap pemberian yang tidak pasti bertahan sampai bila.
No comments:
Post a Comment