Tuesday, November 11, 2014

Ehsanuddin Ancaman Buat Pembangkang


Kehadiran Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin semakin menjadi perhatian rakyat dan juga warga media yang berada di Parlimen. Mana sahaja puak pembangkang yang bengap cuba putar belit dan fitnah kerajaan, terus sahaja dicantas beliau dengan hujah fakta yang bernas.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh, DS Anwar Ibrahim cuba mengambil kesempatan imuniti di pentas parlimen memfitnah Malaysian Sugar Manufacturing (MSM) yang merupakan syarikat milik Felda Global Ventures (FGV). Ehsan yang juga ahli lembaga pengarah Felda bingkas menyangkal fitnah tersebut sehingga berbelit-belit Anwar cuba memberi jawab balas.


Sejak daripada itu, beberapa ahli parlimen pembangkang mula merasakan Ehsan sebagai ancaman baharu yang boleh menggagalkan gerak kerja mereka. Sudah beberapa kali beliau mencelah dalam setiap hujahan pembangkang di Parlimen. Sehingga menjadi kerimasan buat pembangkang untuk memberi laluan kepada beliau untuk berdebat.

Nama Ehsanuddin ini bukanlah asing di arena politik, pembabitan awal beliau bermula pada 1982 apabila menyertai kelab UMNO Carbondale. Ketika itu beliau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di Southern Illinois University, Carbindale, Amerika Syarikat dalam jurusan Kejuruteraan Awam dan Mekanikal.

Sepanjang di sana, ramai pelajar-pelajar kita disuap dengan maklumat yang salah dan fakta separuh masak hebahan pembangkang. Di sini, beliau memainkan peranannya dalam memberikan penjelasan dan menerapkan semangat cintakan bangsa & negara di kalangan pelajar.

Setiba dari Amerika Syarikat beliau berkhidmat sebagai jurutera sivil di syarikat swasta selama beberapa tahun sebelum berhenti untuk menceburi perniagaan sendiri. Dalam masa yang sama beliau menyertai UMNO secara rasmi sebagai ahli pada 1986.

Karier politik beliau menapak dari bawah iaitu sebagai Pemuda peringkat Cawangan kemudian meningkat ke peringkat Bahagian. Beliau konsisten dalam aktiviti-aktiviti parti terutama kerja kemasyarakatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kesukarelawan.

Dedikasi beliau mendapat pengiktirafan kepimpinan tertinggi  seterusnya diberi kepercayaan untuk menjadi Pengarah Seranta FELDA di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).  Pengalaman di JPM banyak memberi peluang kepadanya untuk lebih mendekati dan memahami warga FELDA.

Pendedahan demi pendedahan dari peringkat bawahan sehingga ke JPM ini memungkinkan beliau terpilih untuk menjadi calon Ahli Parlimen Kota Tinggi pada PRU lepas. Ramai juga yang berbunyi dan ragu dengan kemampuannya sewaktu itu.

Namun tidak sampai sepenggal berkhidmat sebagai Ahli Parlimen beliau telah berjaya menyelesaikan banyak permasalahan warga Kota Tinggi dan giat dalam mempertahankan dasar kerajaan yang telah terbukti memberi manfaat buat rakyat.

Melihat kepada profil beliau ini, barulah kita faham mengapa kehadiran beliau ini tidak disenangi lawan. Setiap kali Ehsan berdebat pasti bersandarkan fakta dan analisis bagi mematahkan fitnah pembangkang. Perkara ini telah menghadkan peluang pembangkang untuk terus memfitnah kerajaan.

1 comment:

  1. Ni lebih puji dari benar saja ni je kot nak ekpos lah ni sebagai pelapis sebab yg dok ada ni semua bangang2

    ReplyDelete