Tuesday, December 30, 2014

Sampai Air Surut Pun DAP Akan Terus Memfitnah!!


Mangsa banjir perlukan bantuan bekalan makanan, pakaian, susu, lampin, ubatan, air bersih. Bukan fitnah, berita palsu dan cacian pembangkang untuk mereka harungi hari-hari di pusat pemindahan.

Dalam rakyat giat menghulurkan bantuan. Puak-puak pembangkang yang sakit otak tidak henti-henti memfitnah serta memburuk-burukan usaha kerja menyelamat yang dibuat sejak hari pertama banjir.


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menganggap pemimpin pembangkang DAP-PKR hanya tahu bercakap kosong bagi memburuk-burukan usaha bantuan kerajaan. Dari segi tindakan, ternyata mereka tidak menunjukkan sebarang komitmen berterusan.

“Bantuan dan sumbangan ikhlas akan melegakan perasaan mangsa banjir. Pembangkang tak patut hanya tahu mengkritik tetapi juga perlu jalankan tugas mereka dengan ikhlas dan tertib. Bagi BN, kita pentingkan hasil dan sentiasa berusaha mencari cara menyelesaikan masalah,” kata Tiong Lai.




Lain pula di pihak puak pembangkang, Lim Kit Siang yang baru bawa 2 troli bantuan, terus mendabik dada bagai satu Kelantan sudah beliau selamatkan. Selepas itu, sambung memburuk-burukkan kerajaan melalui media sosial.

“Tak kira apa kita jawab, mereka akan terus mengkritik. Jadi tak ada gunanya. Mereka akan “mengalihkan tiang gol” dengan mencari salah kerajaan dan menunjukkan konon mereka yang buat kerja. Tak guna kita layan sangat kenyataan mereka. Apa yang perlu kita tunjuk pada rakyat ialah bahawa kita bertangungjawab dan menjalankan tugas. Kita lebih banyak buat kerja dari bercakap" jelas Tiong Lai




Rakyat boleh melihat sendiri bagaimana pembangkang lebih aktif menjadi pengkritik bebas dari mengambil tanggungjawab membantu mangsa banjir.

“Kita juga nak rakyat lihat apa yang pembangkang buat. Kita yakin rakyat mempunyai pandangan yang jelas terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh BN,” tambah Tiong Lai.



Pihak kerajaan melalui MCA tak perlu layan karenah puak tidak berakal ni. Sampai air surut pun DAP tetap dengan perangai memfitnah mereka.

Difahamkan pihak MCA melalui Unit Bantuan Krisis (CSRM) sedang bersiap sedia dengan fasa kedua bantuan, iaitu kerja-kerja pembersihan dan pembinaan semula kawasan yang terjejas. SYABAS MCA!!


No comments:

Post a Comment