Friday, December 19, 2014

Anak Anda Terus Dilindungi Skim Insurans Murid Sekolah


Skim Insurans ini akan terus diberikan kepada murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Semenanjung dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi Sabah & Sarawak. Pengumuman ini telah dibuat oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar melalui kenyataan media.

ejak diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2013, sebanyak 10 kes tuntutan telah direkodkan. Sejumlah RM316,612.10 nilai tuntutan telah diagihkan kepada yang layak antara penerimanya adalah murid SMK Seri Gadong, Mohd Sanusi Bin Ismail,15, yang terlibat kemalangan bas sekolah pada 22 Oktober 2013

Tiada ibu bapa mahu menerima duit dengan cara begini. Erti kata lain, kalau boleh tidak mahu anak mereka terlibat kemalangan. Malang tidak berbau, tiada siapa dapat mengagak musibah yang menerpa. Sekurang-kurangnya dengan adanya skim insurans ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa dan keluarga jika berlaku kemalangan. 

Oleh itu ibu bapa sila pastikan anak anda menggunakan bas sekolah yang berdaftar dengan SPAD untuk mendapat perlindungan Insurans ini. Skim insurans ini dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 2 juta murid sekolah dengan perlindungan maksimum sebanyak RM100 ribu.

Antara bentuk perlindungan insurans yang diberikan adalah yang melibatkan kematian akibat kmelangan (RM100 ribu), hilang keupayaan kekal (sehingga RM100 ribu), bayaran perubatan sehingga (RM3,000), manfaat hospital (RM100 sehari sehingga 30 hari) dan khairat kematian (RM2,500).

Skim perlindungan ini turut meliputi penggunaan bas sekolah dalam beberapa aktiviti-aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang kurikulum tambahan yang disahkan oleh pihak sekolah.

Langkah kerajaan meluluskan penerusan perlaksanaan skim insurans ini adalah bertepatan memandangkan respon baik juga diterima dari ibu bapa, pengurusan sekolah dan pengusaha bas sekolah. SPAD yang dilantik kerajaan sebagai agensi penyelaras skim berharap langkah ini dapat mempertingkatkan perkhidmatan industri bas sekolah di negara ini.

No comments:

Post a Comment