Janggal rasanya apabila seorang muslim membuat laporan polis dan menyaman seorang Islam yang berjuang mempertahankan Islam. Adakah tindakan ini dibawah minda sedar atau publisiti murahan parti semata-mata?
Dalam perbahasan Dato Dr Mashitah baru-baru ini ada menyebut tentang insiden bakar Al-Quran di Kedah. Susulan daripada itu ahli DAP, Dyana Sofya telah membuat laporan polis dan kemungkinan akan menyaman beliau.
“Saya bercakap dalam sebuah perhimpunan parti bagi menyedarkan masyarakat Islam. Kalau ada seorang Islam yang tidak sensitif Al-Qurannya dibakar, laungan azan dimaki dan orang Islam dicaci sampai dibawa makan di gereja, kita boleh menilai siapa dia.
“Kalau DAP atau Dyana Sofea hendak saman atau sebagainya apa 'locus standi' (hak untuk mengambil tindakan di mahkamah) yang mereka ada?" jelas Mashitah
Kerana ucapan yang dibawa menyentuh beberapa peristiwa yang berlaku dan antaranya adalah kenyataan yang dimaklumkan sendiri oleh Ketua Wanita UMNO Kuala Kedah tentang insiden bakar yang dipercayai berlaku di DUN Kubang Rotan.
Kalau diamati teks ucapan Mashitah, tidak pula timbul soal menghasut orang Melayu untuk bangun mengangkat senjata menyerang individu atau kumpulan yang membakar Al Quran tersebut. Tiada sebarang unsur menggalakkan ketegangan di antara kaum atau agama di sini.
Keseluruhan ucapan merupakan peringatan kepada umat Islam akan ancaman dan serangan terhadap kedaulatan Islam di tanah air kita. Insiden hina azan, persenda puasa, persenda Aidilfitri, murtad, mencabar kedudukan Islam dalam perlembagaan, mencemar masjid, bible bahasa melayu dan isu kalimah Allah antara yang telah berlaku!
Terasa lucu apabila membaca kenyataan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching sebagai respon terhadap ucapan Mashitah yang didakwa boleh menimbulkan ketegangan.
"Kita telah mendapat kemerdekaan sejak 1957, tetapi perkara seperti ini masih lagi berlaku". kata Nie Ching
Kami sebagai rakyat pun tertanya-tanya, sudah merdeka sejak 1957 mengapa ada segelintir rakyat yang semakin biadap dan mencabar kedudukan Islam.
Mengapa laungan azan dihalang oleh ahli parlimen DAP seperti yang pernah berlaku di Masjid Bandar Kinrara? Lebih biadap, orang yang sama juga terlibat dalam isu cubaan murtadkan orang Islam di sebuah gereja di Subang.
Jangan pula buat-buat lupa dengan kenyataan biadap individu dari parti chauvinist yang meminta umat Islam menghalalkan murtad. Bagaimana pula dengan kebiadapan bukan Islam yang masuk ke surau dan masjid tanpa menutup aurat serta sewenang-wenangnya menyampaikan ceramah/tazkirah.
Ketika semua penghinaan demi penghinaan ini berlaku!! Apa Dyana Sofya dan puak jahanam DAP lakukan? Mana laporan polis di setiap insiden yang terang-terang menimbulkan ketegangan agama ini? Adakah penghinaan Islam dianggap kemerdekaan yang sebenar bagi DAP?
Jadi tak perlulah hendak berlagak malaikat kerana rakan mereka iaitu PAS sendiri boleh mengesahkan tindak tanduk parti roket selama ini terhadap Islam.
Mungkin pendedahan bekas setiausaha sulit timbalan ketua DAP Pulau Pinang, Mohd Razali Abd Rahman sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar erti merdeka bagi DAP:
No comments:
Post a Comment