Dari mula berlakunya banjir puak DAP terutamanya Kit Siang menggila memfitnah kerajaan pusat dengan pelbagai tohmahan. Rupanya hendak menutup kebodohan anak sendiri Lim Guan Eng yang menghilang bercuti ke Paris.
Lebih lawak, apabila rakan parti iaitu KETUM, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah juga tengah sedap menikmati percutian di New Zealand. Bila semua ini terkantoi, Kit Siang buka skrip baru berlakon memberi bantuan dengan membawa 2-3 troli ke beberapa rumah.
Gerakan bantuan DAP, tak ubah seperti sesi main-main air dan posing berendam kaki dalam banjir. Selepas gambar di upload ke FB dan Twitter maka selesailah bantuan berTroli-troli kepada mangsa. Jelas semua ini satu sandiwara bagi menutup keaiban dalam parti sendiri.
Segala bentuk fitnah dan cercaan yang dilemparkan kepada kerajaan pusat sedikit pun tidak merencatkan sebarang bentuk koordinasi kepada mangsa. Perkara ini boleh kita lihat dikalangan MCA yang jelas komited membantu mangsa.
Bagi MCA, ini bukanlah masa untuk berpolitik di kala rakyat jelata ditimpa musibah. Ini adalah masa untuk kita bersatu berganding bahu supaya segala operasi bantuan berjalan lancar. Rakyat boleh menilai sendiri, sikap DAP yang terus berpolitik.
Kesibukan Presiden MCA dan juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menguruskan isu MH370 dan MH17 bukan penghalang untuk tidak turun padang membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Terbaru dalam insiden kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 di Indonesia juga beliau sempat mengkoordinasi pasukan mencari dan menyelamat bagi membantu operasi pencarian yang diketuai oleh Kerajaan Indonesia.
Selepas semua operasi SAR QZ8501 diatur, beliau tidak lelah untuk kembali turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang mencecah lebih 100 ribu di Pantai Timur.
Pelbagai bantuan berupa makanan, air bersih, pakaian dan lain-lain sudah diagihkan secara berperingkat-peringkat di pusat-pusat perlindungan dan lokasi terjejas teruk dengan menggunakan bot-bot dan helikopter.
Beratus sukarelawan dari MCA bekerja siang malam bagi memastikan bahan bantuan tiba secepat mungkin memandangkan ada mangsa yang sudah beberapa hari terputus bekalan makanan.
Seluruh jentera MCA telah digerakkan ke kawasan bencana dimana sebahagiannya telah bersiap sedia dalam menghadapi banjir yang sudah mula melanda kawasan Selatan tanah air seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Pemimpin MCA yang lain Datuk Wee Ka Siong dan Datin Paduka Chew Mei Fun juga dilihat tidak henti-henti mengkoordinasi bantuan di beberapa lokasi bantuan lain. Ka Siong sendiri selaku Ahli Parlimen Ayer Hitam juga ulang alik dari Kelantan-Pahang-Johor memandangkan beberapa kawasan di Ayer Hitam sudah mula dinaiki air.
Tidak perlu kita mengikut rentak pembangkang terutamanya DAP yang terus menabur fitnah. Apa tujuan mereka buat semua ini, sudah tentu untuk meraih publisiti murahan. Adakah ini sifat pemimpin bersama rakyat. Terus berpolitik tujuan meraih populariti di waktu musibah melanda rakyat kita.
Lantak pi lah mereka. Apa yang penting, MCA terus konsisten dan komited dalam setiap tugas memberi bantuan kepada mangsa. Syabas MCA!!
No comments:
Post a Comment