Saturday, December 20, 2014

200 Pengendali Dapat Bas Sekolah Baharu


200 Pengendali ini berjaya mendapat bas sekolah baharu melalui bantuan khas Skim Penggantian Bas Sekolah atau Skim Pinjaman Bas 1 Malaysia (SPB1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada April 2013 melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tujuan skim ini adalah bagi menggalakkan pengendali yang memiliki bas sekolah yang berusia lebih 25 tahun untuk menggantikan dengan yang baharu. Ini kerana majoriti bas sekolah lama ini tidak memenuhi piawaian keselamatan minimum. Jadi dengan adanya skim ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban dan membuka peluang untuk miliki bas sekolah yang lebih baik.

Bagi yang layak, pihak kerajaan menyediakan bantuan rebet tunai sebanyak RM10,000 dan pemberian subsidi kepada kadar faedah tahunan sebanyak 2%. Bermakna jika kadar faedah yang dikenakan bank adalah 5%, pengendali hanya perlu membayar 3% sahaja dan 2% di tanggung kerajaan.

Bank Simpanan Nasional (BSN) dilantik sebagai panel menguruskan inisiatif kerajaan ini dengan menawarkan pinjaman sehingga RM150,000 dan tempoh pinjaman sehingga 9 tahun. Setakat ini, sebanyak 220 pemohonan telah diterima BSN dengan 200 diluluskan dan 20 ditolak kerana telah diisytiharkan bankrap.

Skim ini yang pada mulanya dijadual berakhir pada April 2015 telah dianjak ke tarikh lebih awal iaitu 31 Disember 2014. Pihak BSN masih menerima permohonan yang dihantar sebelum 31 Disember 2014. Jadi pengendali yang berminat masih sempat untuk mengemukakan permohonan. 

Baca juga berkaitan SKIM ini di SINI.

No comments:

Post a Comment