Kali ini Nga buat gila tunjuk langsi sama ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah di DUN pada 20 Disember 3.30 petang.
"You dedah you watch out... I’ll go after you’’ ugut Nga Kor Ming sambil menunding jari terhadap Hamidah. Insiden ini disifatkan mengancam diri dan laporan polis telah dibuat oleh Yb Hamidah hari ini.
Ayoyo Nga! Lu apa cerita! Bontot sudah panas ka! Lu dulu banyak happy fitnah-fitnah dalam DUN! BN steady jawab semua fitnah lu tak da hal ma! Mana ada orang datang 'langgar' sama lu!
Sekarang BN usik sikit sudah 'angin' ka! Kalau tak betul buat apa takut!Nampaknya isu bagaimana tanah lebih 4 ribu hektar bernilai RM30 juta di Kelantan boleh menjadi kepunyaan syarikat milik dua bersaudara ADUN DAP Nga dan Ngeh semakin panas.
Isu bermula dua hari lepas di DUN Perak apabila ADUN Slim, Dato Ahmad Kushairi dan YB Hamidah mendedahkan dokumen Upaya Padu Plantation Sdn Bhd syarikat Ngeh Koo Ham yang mempunyai kaitan dengan tanah di Kelantan milik Efektif Kirana Sdn Bhd.
Ngeh cuba coverline memberitahu media bahawa pembelian tersebut adalah transaksi perniagaan tanpa sebarang ikatan politik kerana perjanjian tersebut termeterai pada tahun 2006.
Kenyataan Ngeh tersebut disokong oleh Setiausaha Akhbar MB Kelantan, Ahmad Fadhli dalam kenyataan akhbar keesokkan harinya.
Dalam sedaya upaya Ngeh dan Ahmad Fadhli menutup pekung mereka, Nga pula buat kerja gila mengugut YB Hamidah seperti yang diterangkan pada awal posting ini.
"Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang". Tindakan Nga ini menunjukkan ada penyelewengan dalam transaksi perjanjian "perniagaan" antara Upaya Padu dengan Kerajaan PAS Kelantan yang cuba disembunyikan.
Kalau benar transaksi perniagaan? Mengapa Nga melatah mengugut Yb Hamidah?Adakah terdapat transaksi atau perjanjian sulit yang lain? Apa sebenar yang Kerajaan PAS dan ADUN DAP "jual beli"?
No comments:
Post a Comment