Operasi khas ini dikenali sebagai Operasi Revus Tegas dilakukan setelah menerima maklumat perkhidmatan awam tanpa permit dengan menggunakan applikasi UBER di negeri ini. Gerakan penyamaran SPAD dimulakan di tiga lokasi utama perlancongan iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Taman Legoland dan Pelabuhan Pasir Gudang.
Hasil selama tiga jam operasi, berjaya menahan lima buah kenderaan mewah pelbagai jenis seperti Nissan Sentra, Nissan Selphy, Toyota Camry dan Kia Optima. Dua ditahan di LTAS, dua di Legoland dan sebuah di Pelabuhan Pasir Gudang. Kesemua mereka diberkas setelah menurunkan penumpang di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika.
Pengurus Besar Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, memberitahu media bahawa kesemua kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
“Tidak dinafikan kadar bayaran yang dikenakan lebih murah kerana ada yang hanya perlu membayar RM18.27 bagi perjalanan dari LTAS ke KDN berbanding kira-kira RM50 jika menaiki teksi.
“Bagaimanapun, perkhidmatan ini adalah tidak sah dan penumpang tidak dilindungi insurans sekiranya berlaku kemalangan. Justeru, kita akan teruskan operasi seperti ini dari semasa ke semasa,” Jelas Che Hasni.
Untuk makluman ini bukanlah operasi pertama SPAD dalam mengengkang kegiatan UBER yang menggunakan kenderaan persendirian tanpa permit. September lepas operasi sama telah dijalankan di Kuala Lumpur dan berjaya menahan 13 buah kenderaan mewah dengan kesalahan serupa.
UBER Tidak Terkecuali Dari Undang-undang
No comments:
Post a Comment