Tuesday, November 11, 2014

SPAD: 10 Lori Ditahan Dalam Ops Hippo Hulu Langat


Mentang-mentang bawak benda besar, drebar lori atau pengendali ini boleh buat selamber jer main langgar peraturan jalan raya. Ada yang bawak lebih muatan, ada yang bawak laju dan ada juga yang mengubahsuai kenderaan bertentangan dengan spesifikasi keselamatan minimum yang ditetapkan.

Buktinya dah banyak kali kita lihat dalam operasi khas penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dalam Ops Hippo. Kali ini sekali lagi Ops Hippo dijalankan pada minggu lalu 4hb November di sekitar jalan Batu 9, Hulu Langat dan berjaya menahan 10 buah lori atas pelbagai kesalahan.


Operasi bersepadu SPAD bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini bermula seawal 5.30 pagi dan disertai oleh 32 anggota dua organisasi terbabit. Ketua Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad memberitahu lori yang ditahan ini bukan sahaja mengakibatkan kerosakan jalan raya malah mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Pemandu yang ditahan bukan sahaja tidak mementingkan aspek keselamatan diri sendiri, bahkan orang lain." Kata Che Hasni.

“Apabila muatan dibawa secara berlebihan dan tidak ditutup kemas menyebabkan batu, tanah dan pasir dari lori berkenaan jatuh seterus­nya membahayakan nyawa dan merosakkan kenderaan lain,” Tambah Che Hasni lagi.

Kesemua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Jika disabitkan kesalahan pemandu/pengendali lori ini akan didenda tidak kurang daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sikap mementingkan diri sendiri ini tidak menunjukkan sebarang keinsafan walaupun operasi demi operasi dijalankan. Mereka seolah-olah tidak goyang dengan denda dan penjara yang dikenakan.

Mungkin akta ini boleh dipinda bagi mengenakan sebatan ke atas pesalah. Biar berbirat seminggu punggung tak boleh bawak lori. Kerana angka menunjukkan sebanyak 5,711 kes melibatkan lori direkodkan oleh SPAD sejak penubuhan suruhanjaya itu pada Jun 2011.

3 comments:

  1. Woi SPAD..macam sial punya kerja !! Kat Batu 9 ko hanya dapat 10 lori?? bodoh sungguh ko buat kerja

    Mari sinilah...Putra Perdana, Puchong..berpuluh lori angkat tanah merah berkejar kejaran untuk kumpul 'trips'..

    Dah berbulan mereka merajalela dia atas jalan, jalan jadi jahanam..ada ko peduli??? bahalol punya SPAD..kepala botak tak ada otak !!

    ReplyDelete
  2. Anon 5:21,
    Sudah banyak kali operasi dibuat di area Putra Perdana. Ntah braper puluh lori di tahan dan di denda dalam setiap operasi di sana. Beberapa hari kemudian lori-lori tersebut buat hal balik.

    Perkara ini bukan sahaja berlaku di Putra Perdana tapi di seluruh negara. Akta yang ada seolah-olah tidak cukup menghentikan kebiadapan pengendali merosakkan jalan dan membahayakan nyawa pengguna lain. Satu jer belum lagi dilakukan iaitu SITA.

    Kalau boleh mana-mana lori yang didapati melakukan kesalahan berulang ini bukan sahaja lori mereka di SITA tapi pemandu dan pengendali DI SEBAT!!!

    ReplyDelete
  3. Tengok2 dlu sblum bg komen. Kita baik sngt ke?/

    ReplyDelete