Dalam keadaan suhu ekonomi yang semakin mencabar saban tahun, tidak menampak sebarang impak yang menjejaskan pelaburan demi pelaburan dari pihak FGV. Anak syarikat FELDA terus memacu perkembangan syarikat-syarikat dibawahnya walaupun ada suara sumbang yang memfitnah FELDA muflis.
Adakah pelaburan billion ini merupakan ciri-ciri organisasi muflis? Ini baru satu pelaburan dari Felda dalam mengembangkan platfom niaganya. Dengan terbinanya loji penapisan ini, ia akan menjadi yang terbesar di Malaysia berbanding loji-loji sedia ada seperti di Perlis dan Pulau Pinang.
Ia sekaligus meningkatkan kapasiti pengeluaran gula MSM yang buat masa ini 1.2juta tan setahun kepada lebih dua juta tan setahun. Jumlah ini dijangka mampu menampung permintaan pasaran domestik dan eksport untuk tempoh panjang. Sebanyak 60% hasil pengeluaran loji baharu itu nanti akan diperdagangkan ke pasaran antarabangsa.
Loji penapisan yang dibina di tapak seluas 20 hektar di Johor itu, bakal mewujudkan pelbagai limpahan ekonomi, antaranya peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Melihat kepada perkembangan ini, membuktikan yang MSM mampu kekal dominan dalam pasaran gula dalam dan luar negara. Perkara ini sudah tentu menambah keyakinan pelabur dan pemegang saham FGV yang terdiri daripada para peneroka.
No comments:
Post a Comment