Friday, December 18, 2015

Warga Emas Dibantu Ka Siong Jadi Bualan Netizen


Dari tajuk tampak seperti sebuah isu remeh. Tapi apa yang berlaku adalah secara spontan dan tidak pula terfikir oleh susuk tubuh bernama Datuk Wee Ka Siong menjadi bualan orang ramai atas tindakan keprihatiannya membantu warga emas.

Kisahnya, seorang nenek berkerusi roda ini sedang menanti giliran untuk menaiki kapal terbang ke KLIA. Tetapi kebimbangan telepas penerbangan tidak dapat diselindung oleh warga emas ini kerana ahli keluarganya yang lain sudah pun menaiki kapal terbang.

Jangan salah sangka, bukan ahli keluarga warga emas ini meninggalkan beliau sesuka hati. Tetapi ia adalah arahan kru penerbangan yang merupakan prosedur biasa bagi penumpang yang berkerusi roda. Pada awalnya, ada kru yang menemani warga emas ini. Akan tetapi terpaksa dibiarkan bersendirian untuk sementara waktu bagi urusan tiket.

Risau, resah, gelisah jelas terpampang dan rupanya sudah diperhatikan oleh Ka Siong yang berada tidak jauh di situ dan kebetulan menaiki penerbangan sama.. Melihat kegusaran warga emas ini, Ka Siong telah dekatkan diri dan menenangkan perasaan nenek itu. Setelah itu, Ka Siong menolak kerusi roda nenek terbabit dan iring sehingga menaiki kapal terbang.

Nak salahkan kru pun tidak boleh. Sebab mereka pun sibuk mengurus hal kemasukan penumpang dan tiket. Tapi bila lihat orang tua di situasi begini, seperti hilang punca. Adakah anda akan membantu? Selalunya ramai yang buat tak nampak dan lepas tangan membiarkan kru disitu yang bertanggungjawab.

Tapi tidak Wee Ka Siong! 

No comments:

Post a Comment