Wednesday, December 2, 2015

SPAD Halang Kenaikan Tambang ERL Express RM64!



Tambang "ERL express" perjalanan sehala dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 naik sehingga RM20! Menokok kepada RM55 berbanding RM35 sebelum ini!

TIADA pengumuman kenaikan tambang  bagi jenis "ERL Transits". Harap kadar ERL Transits terus dikekalkan. Jika hendak dinaikkan juga, DIHARAP pihak ERL serta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat pertimbangkan peningkatan pada kadar paling MINIMUM.

Perisik lihat waktu ini rakyat sedang rancak dan bersemangat semula untuk memanfaatkan pengangkutan awam seperti ERL ini. Bimbang berita kenaikan ini rakyat mula hilang minat dan terpaksa membuat kiraan semula kos pengangkutan serta mengubah cara untuk ke KLIA/KLIA2 selepas ini.

Bukan hendak nafikan kenaikan ini! Ya lah sudah 14 TAHUN beroperasi baru sekali ini berlaku kenaikan. Cuma ramai merasakan kadar kenaikan ini terlalu drastik. Terus naik RM20! Difahamkan kadar kenaikan ERL express yang SEPATUTNYA dikenakan selepas semakan semula adalah RM64 iaitu penambahan RM29!

Apa yang perlu kita tahu adalah perihal kenaikan tambang ini telah termaktub dalam perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi. Kerajaan melalui SPAD telah cuba sebaik mungkin mengimbangi kadar baru ini diantara kemampuan rakyat dengan syarat-syarat perjanjian konsesi yang telah termeterai 14 tahun lalu.

Dengan kuasa yang ada berdasarkan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, SPAD dengan kelulusan KABINET telah memutuskan kadar baru RM55 bagi ERL Express pada penghujung tahun 2014! Ia hanya akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.

Jadi kebanyakan rakyat yang tidak mengikuti perkembangan proses semakan kadar tambang ERL express ini akan mudah  melenting. Walhal proses dan kelulusan telah pun dibuat dari tahun lepas lagi dan bukannya terburu-buru.

No comments:

Post a Comment