Penularan idealogi keganasan terbaharu Islamic State (IS) telah menimbulkan kebimbangan banyak negara. Negara-negara Teluk dan Timur Tengah paling terkesan dengan kemunculan kumpulan pengganas ini. Menggunakan nama Islam bagi perjuangan yang songsang. Tiada satu pun tindakan IS ini bercirikan Islam.
Sebelum ini kita dikejutkan dengan tahanan yang dibakar hidup-hidup oleh militan melalui sebuah video yang tidak dipastikan secara tepat lokasinya. Kali ini warga Malaysia pula menjadi mangsa keganasan salah sebuah kumpulan di Filipina yang mempunyai hubungan rapat dengan IS.
Tidak dapat ditentukan bagaimana kaitannya, kerana jika dikatakan atas nama Islam. Ternyata meleset sama sekali, jika dikaji mengenai IS ini terdapat beberapa fakta yang mengejutkan dan persamaan dengan militan Filipina hanyalah pada sudut jenayah, pembunuh dan bukan sama sekali dari ajaran Islam yang hakiki.
Mangsa Bernard Then yang dipenggal kepala oleh penzalim militan Filipina ini telah menimbulkan kemarahan Malaysia. Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut bertekad mengheret pesalah ke muka pengadilan. Mungkin ada yang menjangkakan, pesalah di bawa ke mahkamah. Terpulang kepada bagaimana tindakan dan situasi unit risikan bila berdepan dengan puak pengganas ini.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut terkesan dengan berita sedih ini. Luka ini amat dalam dan pedih untuk Malaysia diamkan. Beberapa siri penerangan telah dibuat, bagi menilai kedudukan dan tindakan yang Malaysia akan ambil.
Berikutan daripada itu, MCA telah mengambil inisiatif menganjurkan satu seminar "Keselamatan Negara dan Ancaman IS" bagi bertukar fikiran dan pendapat serta mendapatkan info tepatdalam memahami situasi dan dalam menghadapi sebarang kemungkinan begini.
Dalam seminar tersebut, Tiong Lai melahirkan rasa bangga dengan kecekapan unit cawangan khas Polis DiRaja Malaysia. Lihat sahaja bagaimana unit khas ini bertindak pantas sebelum perkara buruk meletus.
Masih ingatkan tangkapan beberapa individu dan kumpulan yang berkait rapat dengan IS. Ada juga kakitangan kerajaan terlibat dalam merekrut ahli bagi menyertai IS. Semua itu berjaya dibendung sebaik mungkin melalui maklumat risikan dari dalam dan luar negara unit khas ini.
Tiong Lai berharap pergolakan yang sedang berlaku di beberapa di Timur Tengah ini tidak merebak ke Asia Tenggara khususnya Malaysia. Kita sebagai rakyat perlu berganding bahu mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi secara langsung atau tidak langsung oleh anasir subversif luar.
No comments:
Post a Comment