Friday, December 11, 2015

Respon Positif Pengguna myBas Di Seremban



Usaha kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam meningkatkan saling hubungan dan penambahan laluan perkhidmatan bas menerima reaksi positif di kalangan pengguna Seremban. Fasa pertama pengenalan myBas di Seremban pada 15 November lalu telah berjaya mencatatkan peningkatan jumlah penumpang sebanyak 30%.

Peningkatan penumpang yang drastik ini menunjukkan bahawa Inisiatif perkhidmatan myBas di bawah Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (Stage Bus Services Transformation (SBST)) adalah bertepatan dengan keperluan rakyat. Peningkatan ini berikutan pengaktifah empat laluan utama yang meliputi 127.7km. 

Empat laluan ini ditingkatkan kekerapan perkhidmatan sehingga 30 minit pada waktu puncak dengan menggerakkan 29 buah bas di laluan-laluan terbabit.
Terminal 1 ke Desa Rhu
Terminal 1 ke Port Dickson
Terminal 1 ke Seremban
Seremban ke Bahau

SBST fasa kedua pula dijadualkan bermula pada 31 Disember ini dengan mengaktifkan 20 buah laluan. Perlaksanaan secara keseluruhan SBST Seremban ini adalah merangkumi 24 laluan yang terdiri daripada 11 laluan utama dan 13 laluan pengantara. Penambahan jumlah laluan ini meliputi jarak operasi sejauh 656km berbanding 459km sebelum ini.

Perlaksanaan SBST ini amat dialu-alukan oleh pengguna kerana mencantumkan jaringan perjalanan yang sebelum ini tidak dilalui oleh perkhidmatan bas awam. Disamping memberi manfaat kepada pengguna, SBST turut membantu pengendali syarikat bas terlibat dalam persaingan tidak perlu kerana pertindihan laluan.

Perancangan SBST ini melibatkan lima buah bandaraya bermula dengan Kangar, Serembang, Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching. Sasaran perlaksanaan SBST ini adalah memberi akses perkhidmatan kepada sejumlah 80% daripada penduduk. Perkhidmatan bas masih menjadi medium utama pengangkutan. 


No comments:

Post a Comment