Wednesday, December 23, 2015

Tindakan Responsif MCA Johor Hadapi Tragedi Chiang Mai


Tragedi menyayat hati yang berlaku di Chiang Mai, Thailand pada Ahad lepas telah meragut 13 orang rakyat Malaysia. Tragedi berdarah ini mendapat perhatian pemimpin negara dan beberapa langkah susulan telah dirangka bagi membawa pulang jenazah kepada keluarga mangsa.

Agak janggal apabila berita begini dipandang sepi oleh pemimpin pembangkang, tidak kedengaran suara -suara prihatin dari DAP yang tampil menghulurkan bantuan. Nampak lebih sibuk berpolitik mencipta fitnah sehingga mereng otaknya akibat 'dibatut' ular.

Lantak pi lah DAP! Kalau melayan politik kebudak-budakkan DAP, sampai bila pun tak habis. Mereka sibuk berpolitik sehinggakan KPI dari segi sumbangan kepada rakyat tidak dilaksana. Kalau dilayankan, BN juga akan ikut gagal dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Jadi MCA biarkan sahaja budak-budak main sendiri.

Berbalik kepada insiden Chiang Mai, dengan tidak membuang masa, pihak MCA Johor dengan pantas memberi respon. Pihak MCA Johor telah turun padang bertemu ahli keluarga mangsa di sana. Menenangkan pihak keluarga supaya tabah menghadapi dugaan ini.

Disamping itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong telah mengarahkan pembentukan satu jawatankuasa khas bagi mengkoordinasi bantuan membawa pulang jenazah ke tanah air. MCA Johor yang diketuai oleh Datuk Tee Siew Kiong turut hadir dalam bertemu keluarga mangsa yang ada di antaranya berasal dari Batu Pahat.

Siew Kiong yang juga wakil kepada Menteri Besar Johor mengatakan bahawa pihak kerajaan negeri akan memberikan kerjasama yang sewajarnya dalam melicinkan segala urusan koordinasi ini. Sikap segera MCA dalam membantu keluarga mangsa ini harus dijadikan contoh oleh parti lain, terutamanya pembangkang. 

Lihat sahaja bagaimana MCA melalui Presidennya, Datuk Seri Liow TIong Lai dalam mengkoordinasi kerja-kerja dalam menghadapi insiden MH370 & MH017. Tugasan dua insiden ini juga  masih berterusan sehingga kini tidak langsung mematahkan semangat MCA untuk terus memberi khidmat kepada rakyat. 

No comments:

Post a Comment