Thursday, December 24, 2015

DAP Kelirukan Pengundi Cina Tentang Jalinan UMNO-PAS



Puak DAP nampaknya menggunakan taktik licik dengan menakut-nakutkan para pengundi Cina dalam perkembangan dua parti politik iaitu antara UMNO-PAS. Perkara yang diadu dumbakan adalah kononnya MCA yang berada dalam komponen Barisan Nasional (BN) telah menyokong dasar PAS iaitu hudud PAS.

Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai sudah masak dengan permainan DAP dan menjangkakan akan timbul tuduhan sedemikian. Tiong Lai menempelak DAP yang cuba menimbulkan ketegangan kaum dengan memainkan sentimen keagamaan.

Perlu ditegaskan dengan jelas bahawa kerjasama dan gabungan merupakan dua perkara yang jauh berbeza. DAP cuba mengelirukan rakyat terutamanya pengundi Cina bahawa, UMNO-PAS akan bergabung. Walhal apa yang sedang berlaku adalah usaha bagi membentuk kerjasama antara dua parti besar kaum Melayu itu.

Tidak timbul bahawa soal hudud PAS yang akan mengancam kaum Cina. Bagi Tiong Lai, beliau menghormati apa jua keputusan yang akan dicapai antara UMNO-PAS. MCA melihat ia sebagai perbincangan peribadi antara dua parti tersebut dan tidak akan campur tangan.

Segala tohmahan yang cuba dicetuskan oleh DAP ini hanyalah satu cubaan bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap permasalahan yang sedang berlaku dalam pakatan pembangkang sendiri. Lihat sahaja bagai mana PAS yang sebelum ini dilihat penggerak jentera pembangkang dengan mudah diperlekeh dan diterajang keluar dari pakatan.

Kini DAP telah menjalinkan hubungan terlarang dengan PAN yang merupakan parti serpihan PAS. Tidak cukup memecah belahkan parti sekutu sendiri. DAP teruskan kepincangan dengan mendesak kerajaan Selangor supaya mengambil pendirian tegas menyingkir PAS.

Kegilaan DAP tidak terhenti setakat disitu, apabila dengan tergesa-gesa ingin membentuk satu pakatan baharu yang disebut Pakatan Harapan bersama PAN dan PKR. Keadaan ini, hanya menampakkan sikap kuku besi DAP bagi mengarah-arah PAN dan PKR mengikut telunjuknya.

Kekerasan yang dilaksanakan ini semakin menyerlah dalam pentadbiran negeri. Rakyat Pulau Pinang sendiri terutama pengundi Cina sudah mula angkat kaki meninggalkan DAP sedikit demi sedikit. Rasuah, salahguna kuasa dan samseng bagai sistem wajib dalam organisasi DAP.

Kesudahannya, Pulau Pinang semakin ketinggalan dari segi infrastruktur dan ekonomi secara holistik. Bencana banjir semakin kerap berlaku. Manakala para pelabur tidak masuk ke Pulau Pinang dan yang sedia ada pula mula keluar melabur ke negeri lain.

No comments:

Post a Comment