Friday, December 4, 2015

Perjuangan Anak Muda Bersama MCA Dihargai



"Kami hargai perjuangan kamu.." Itu antara kata-kata yang diajukan kepada barisan belia yang kekal komited berjuang bersama MCA dalam menaikkan nama parti dan bersama-sama membawa Malaysia ke peringkat tertinggi.

Kata-kata Tiong Lai itu disahut dengan gempita suara anak muda melaungkan "MCA!! MCA!! Hidup MCA!!". Sejak tsunami politik, ramai berteori bahawa era MCA sudah tamat. Hampir 10 tahun kita mendengar dakwaan begitu, apa yang kita lihat MCA semakin utuh dan sokongan belia meningkat saban hari.

Tiong Lai yang hadir dalam ramah mesra menghargai belia di dalam majlis makan malam MCA Bahagian Titiwangsa. Mengingatkan belia tentang harapan masa depan dan jatuh bangun parti atau sebuah negara terletak di bahu mereka. Jadi marilah sama-sama mengembalikan kegemilangan MCA dan memakmurkan negara.

"Amalkanlah kesederhanaan kerana MCA menolak Ektrimis" saran Tiong Lain kepada barisan belia. 

Saranan ini bertepatan memandangkan parti DAP dilihat lebih bersifat ekstrim perkauman dan kerap menimbulkan suasana kurang senang dikalangan rakyat. DAP tidak dapat lari dari identiti rasis yang jelas menganiaya satu-satu kaum di negeri diperintah mereka. Semua tahu apa yang sudah berlaku di Pulau Pinang. 

Idealogi rasis ini jelas membimbangkan. Tiong Lai dan seluruh warga MCA menentang ketegangan yang cuba dilakukan oleh sesetengah pihak ini. Jadi peranan belia dapat membantu mengengkang fahaman rasis dan kepimpinan DAP yang songsang dari merosakkan negara.

#PilihBN
#PilihMCA
#PilihKeamanan

No comments:

Post a Comment