Thursday, December 24, 2015

Pemandu Teksi Terjerut Dengan Perkhidmatan Applikasi


Masih ingat ketika MyTeksi ini baru-baru diperkenalkan, begitu ramai pemandu teksi mendaftar diri untuk menggunakan applikasi tersebut. Applikasi ini pada dasarnya dapat membantu pemandu teksi mendapatkan penumpang dengan mudah. Zaman teknologi hujung jari ni, hampir semua perkara boleh dicapai dengan gajet di atas tapak tangan. 

Ia menjadi satu trend, dan peluang ini direbut oleh penyedia perkhidmatan applikasi MyTeksi. Ketika awal perlaksanaan, ramai juga pemandu teksi yang puji. Mungkin mereka mendapat manfaat daripadanya. Tapi mereka mula merungut apabila timbul applikasi kereta sapu seperti GrabCar.

Fungsi GrabCar ini tidak jauh beza dengan applikasi kontroversi Uber. Ia merupakan perkhidmatan untuk orang awam menjadikan kenderaan persendirian sebagai teksi. Jadi mereka ini bergerak tanpa lesen perkhidmatan yang sah dan kebanyakannya tidak miliki insurans untuk penumpang.

Perkara begini menimbulkan kemarahan para pemandu teksi kerana pendapatan mereka mula terjejas. Jalan mudah, mereka menuduh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak mengambil sebarang tindakan. Walhal sudah berpuluh operasi khas dijalankan dan beratus kenderaan persendirian telah disita oleh Penguatkuasa SPAD.

Walaupun operasi demi operasi dijalankan, SPAD tetap dipersalahkan. Rata-rata tidak faham tentang bidang kuasa SPAD dalam isu Uber dan GrabCar ini. Kerana kuasa SPAD adalah bertindak keatas kenderaan pengangkutan awam di atas jalan bukan bertindak terhadap penyedia applikasi. Kuasa bertindak keatas applikasi begini adalah di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).



Bermakna selama ini tindakan pemandu teksi menyaman dan berdemo menyalahkan SPAD adalah tindakan sia-sia. Kerana tidak memahami bidang kuasa agensi, mereka dengan tidak sengaja memperbodohkan diri. Sepatutnya segala memo bantahan dan desakan diajukan kepada SKMM untuk tindakan susulan.

Selain itu, mungkin ada pemandu teksi tidak menyedari bahawa perkhidmatan GrabCar yang dibenci oleh mereka ini adalah syarikat yang sama mengendali applikasi MyTeksi !! Nampanya pemandu teksi ni sudah ditipu hidup-hidup. Nak tau juga cerdik pandai dalam berdemo marahkan SPAD tempoh hari. Dah hantar bantahan kepada penyedia applikasi ni? Dah hantar memo kepada SKMM?


No comments:

Post a Comment