Peluang yang diberikan bagi mewakili negeri kedah dimanfaat sepenuhnya untuk melontarkan pandangan dan buah fikiran kepada para perwakilan yang hadir. Kerana perhimpunan ini bukan medan beretorik, berkumpul dan berbual kosong. Tapi menjadi tempat mencari satu resolusi untuk menjadikan parti yang lebih baik memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.
Dalam bahas semalam, Mashitah membangkitkan isu-isu kerosakan akidah dan kedaulatan Islam yang sering diperkotak-katikkan khususnya di Malaysia. Ada yang lancang mempersenda laungan azan, hukum hakam, fatwa, jantan nak jadi perempuan, perempuan nak jadi jantan dan terbarunya tindakan segelintir orang Islam yang teringin nak pegang dan peluk anjing.
Wujud juga agenda jahat terancang musuh Islam dengan mencipta ulama dan Islam cara baru. Gerakan mereka bukan dengan mengajak keluar dari Islam tetapi mengelirukan umat Islam dengan acuan terpesong supaya umat Islam tidak malu melakukan dosa, dilalaikan dari berjihad dan meracuni pemikiran dengan dasar hak kesamarataan atau kebebasan yang salah.
Isu lain yang mengancam perpaduan dan kemaslahatan Islam turut dibangkitkan seperti penularan fahaman Syiah, Wahabi, Liberalisme, Pluralisme dan ajaran sesat. Kedudukan Mahkamah Syariah juga menjadi kebimbangan kerana keputusan sering dicabar. Kegiatan militan dan pelampau disentuh kerana sering menyalahgunakan agama demi perjuangan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Lebih parah adalah semakin ramai orang yang bukan ahli atau pakar dalam bidang agama bersuara memberi penjelasan yang salah dan kabur tentang Islam. Mereka tampil bukan dengan keikhlasan mempertahankan Islam, tetapi sekadar mencari publisiti murahan demi kepentingan peribadi.
Mereka ini dikenali sebagai ustaz dan ustazah jadian yang dilantik sewenang-wenangnya oleh PAS bagi political mileage. Sudah acap kali pembangkang mengeluarkan kenyataan dan mengambil pendirian yang mengguris hati umat Islam. Seperti soal kebebasan agama dan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
PAS hanya membutakan mata dan memekakkan telinga apabila rakan dalam pakatan iaitu DAP bebas berceramah dalam surau tanpa menutup aurat, malah boleh pula kagum dengan bacaan ayat suci Al Quran dan tafsiran puak DAP yang tidak faham makna sebenar ayat tersebut. Jadi tidak hairanlah mengapa Sultan Selangor sendiri murka sehingga ditegur sebagai kurang ajar dan pengkhianat.
Oleh itu, bagi mengelak kekeliruan dan kerosakan menjadi bertambah parah. Wanita UMNO menggesa perancangan yang lebih strategik mengengkang dan memperbetulkan isu-isu yang dibangkitkan di atas.
"Ini kerana kebenaran yang tidak terancang akan kalah pada kebatilan yang terancang". jelas MashitahMelihat kepada kelantangan Mashitah membalun golongan yang menjadi virus mengancam akidah umat Islam ini. Mendapat tepukan gemuruh para perwakilan sebagai tanda setuju supaya pihak kerajaan terutamanya UMNO mengambil langkah serius bagi menangani permasalahan ini.
No comments:
Post a Comment