Sunday, November 16, 2014

Kenaikan Tambang Bas Ekspres Pasti!!


Berita kenaikan ini bukan lagi khabar angin. Seperti dalam artikel sebelum ini telah menerangkan mengapa tambang bas ini tidak dinaikan sejak 2009! Kenaikan tidak seiringan dengan kos bahan api, alat ganti dan kos operasi. Sepanjang 5 tahun ini kerajaan telah menolak semua permohonan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas.

Sepanjang ini juga, timbal balik telah dilakukan bagi memastikan bebanan yang ditampung oleh pengguna dan pengusaha saling berimbang. Iaitu dengan membenarkan surcaj 10% pada musim perayaan. Bermakna hanya pada musim perayaan pengusaha dapat memperolehi pendapatan lebih baik sedikit. 

Kalau diikutkan kadar surcaj ini hanya berjalan selama 30-60 hari setahun. Baki ~300-330 hari pula, menjadi kelebihan buat pengguna kerana dapat membayar pada kadar tambang bas biasa yang ditetapkan.

Ketiadaan kenaikan kekal ini, telah dijadikan alasan pengusaha bas untuk tidak mampu memberikan perkhidmatan terbaik. Bas sering rosak, pekerja berkurangan, tidak mampu menepati masa dan sebagainya.

Ketiga-tiga ini lebih kepada kawalan perbelanjaan syarikat pengusaha bagi mengelak kerugian lebih besar. Ada pengendali/pengusaha yang tidak mampu melakukan selenggaraan menyeluruh ke atas bas milik mereka. Cukup sekadar perbaiki dan servis janji boleh jalan.

Jumlah kakitangan juga adakalanya terpaksa dihadkan bagi memastikan kelangsungan syarikat pengusaha bas ekspres. Kekurangan pekerja sering kita dengar di kalangan pemandu bas, sehingga ada yang melakukan pusingan perjalanan lebih dari sepatutnya. 

Dua alasan ini sahaja, sudah cukup menjurus kepada berlakunya kemalangan. Mengapa? Ya lah, kalau selenggara pun asal boleh. Adakah bas yang dibawa mampu bertahan dalam situasi perjalanan yang jauh? Tayar meletup dan brek tidak mencengkam sering menjadi punca nahas bas ekspres.

Pemandu bas pula, ada yang dah macam robot. Bawak bas tanpa henti berjam-jam sehingga keletihan. Hanya tunggu masa je tertidur. Yang pernah bawak kete jauh-jauh tentu faham. Kadang-kadang memandu 2 jam, tiba-tiba mata dah rasa nak tertutup. Kalau larat boleh lah memandu ke kawasan rehat. Tapi sempat ke sampai ke RnR. Sedar-sedar dah tersondol kereta depan atau di atas katil hospital.

Isu tak mampu tepati masa ni dah biasa kita dengar, difahamkan pengendali adakalanya terpaksa memastikan bas mempunyai penumpang secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Kata orang barulah berbaloi kos perjalanan untuk bayar pemandu bas dan kos bahan api tu. Rasanya sendiri boleh paham yang ni.

Ini baru sebahagian alasan mengapa kenaikan ini tidak dapat dielakkan lagi. Namun perihal kenaikan tambang bas ekspres ini melibatkan dua entiti utama iaitu pengusaha dan pengguna yang mana dua-dua merupakan rakyat. Jadi keputusan kenaikan ini akan dibuat dengan mengambil kira kedua-dua belah pihak ini.

Tuntutan PMBOA untuk kenaikan 30-40% sekaligus agak mendadak dan mustahil untuk dilaksanakan. Pihak Kerajaan dijangka mangambil keputusan berimbang supaya pengguna yang juga rakyat tidak terbeban dengan kadar kenaikan ini nanti.

Pihak pengusaha bas ekspres perlu fikir kesan yang bakal berlaku jika kadar tambang naik hingga 30% atau 40%. Kerana situasi ini akan memungkinkan pengguna mula beralih ke medium pengangkutan lain. 

Sebab pengguna juga akan mengawal kos perjalanan, contohya jika sebelum ini perjalanan sebulan sekali pulang ke kampung akan menjadi tiga hingga empat bulan sekali. Belum lagi cerita pengguna yang mula fikir nak beli kereta sendiri.

Bila ini berlaku kenaikan yang dikejar-kejar pihak pengendali tidak memberi impak positif seperti diharapkan. Apabila ini berlaku, adakah pihak pengusaha nak mohon kenaikan lagi?

BACA JUGA SINI

No comments:

Post a Comment