Tuesday, November 18, 2014

FGV Terokai Pasaran Vitamin E


Pasaran vitamin global diramalkan mencecah USD3.2 billion atau hampir RM10 billion menjelang 2017 nanti. Peningkatan ini dipacu oleh kerancakan pengeluaran produk kosmetik dan farmaseutikal yang mendapat permintaan tinggi pengguna.

Sebelum ini, dominasi pengeluaran vitamin ini dikuasai oleh syarikat-syarikat dari barat. Kini kuantiti besar vitamin mula direkodkan datang dari negara tembok besar China dan juga India. Permintaan tertinggi vitamin ini terdiri daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat, manakala di Asia Pasific juga menunjukkan unjuran positif.


Apa yang menarik, Vitamin E merupakan segmen terbesarberbanding pasaran vitamin-vitamin lain dunia kerana manfaatnya yang banyak kepada industri kosmetik. Vitamin E ini merupakan ramuan utama produk penjagaan kulit seperti losen, pelindung cahaya matahari, krim anti-penuaan, antioksida dan banyak lagi.

Penghasilan Vitamin E ini terdiri daripada dua jenis iaitu Sintetik dan Semulajadi. Pasaran dua jenis vitamin E sahaja mampu menjana lebih USD1billion dalam masa 3-5 tahun lagi iaitu 1/3 daripada nilai pasaran vitamin global.

Tapi mengapa Felda Global Ventures (FGV) beriya-iya hendak menceburi pasaran Vitamin E. Jawapannya adalah kerana Vitamin E mudah diperolehi dalam kelapa sawit. Kelapa sawit Malaysia yang berwarna kemerahan kaya dengan Toctrienols yang merupakan salah satu unsur Vitamin E. Jadi menjadi satu kerugian jika FGV tidak terlibat sama.

Dengan kelebihan memiliki beratus ribu ekar ladang kelapa sawit. FGV mempunyai bekalan yang secukupnya untuk melangkah ke bidang penyediaan Vitamin E ini. Apa yang perlu adalah pemprosesan dan pengekstrakan Vitamin yang memerlukan fasiliti yang lengkap dan bersesuaian.

Sehubungan itu pihak FGV telah merancang melabur RM80 juta untuk membangunkan kilang pemprosesan Vitamin E di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Perjanjian pelaburan telah dimeterai dengan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata pelaburan tersebut melibatkan pembelian tanah seluas 3 ekar untuk pembinaan kilang pemprosesan di Kuantan, Intergrated Biopark Pahang.

"Proses pembinaan kilang dijangka bermula sebaik sahaja urusan pengambilalihan tanah selesai, dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 2016."

"Kilang berkenaan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 75,000 kilogram setahun dalam tempoh tiga tahun pertama operasinya," kata Isa Samad.


No comments:

Post a Comment