Wednesday, November 26, 2014

Kepupusan Nilai Islam!! Peringatan Dr. Mashitah Di PAU2014 Hari Ini!!


Setelah sekian lama menanti, akhirnya Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Dato Dr Mashitah Ibrahim diberi kepercayaan dan ruang untuk membentangkan perbahasan di pentas utama Perhimpunan Agong UMNO 2014.

Peluang ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh beliau bagi membahaskan isu akidah yang sedang berlaku di kalangan warga Islam Malaysia kebelakangan ini. Antara yang akan dibangkitkan adalah sikap ambil mudah umat Islam terhadap beberapa isu seperti acara menyentuh anjing.


Hukum Islam berkaitan anjing sudah jelas dinyatakan dalam Al Quran dan Hadis. Namun ramai pula ulama tiga suku yang muncul mempertahankan acara tersebut. Acara yang dihadiri oleh majoriti bukan Islam tetapi ada juga umat Islam yang daif ilmu menjadi pesertanya.



Adakah kita sedar, bahawa ini merupakan gerakan halus musuh untuk menjauhkan kita dari hukum Islam. Bertepatan dengan sabda Rasullah mengenai umat akhir zaman: Kamu akan mengikut sejengkal demi sejengkal, sedepa demi sedepa sehinggalah kalau orang itu membawa kamu masuk ke lubang biawak pun kamu akan ikut.

 "Maknanya kita tak diajar untuk menukar agama tetapi perlahan-lahan dipengaruhi untuk melupakan agama kita dengan mengikut kepada budaya dan cara hidup orang lain. Itulah yang sedang berlaku sekarang!" jelas Mashitah.

Selain itu, Mashitah akan menyentuh tentang penggunaan istilah atau gelaran yang diberikan kepada Islam seperti 'jihadist' dan 'terrorist'. Gelaran ini sebenarnya sengaja diwujudkan oleh media berkepentingan barat yang bertujuan mengelirukan orang ramai bagi meletakkan persepsi negatif terhadap Islam. 




"Ini adalah istilah-istilah baharu yang dicipta oleh Barat yang sering mengatakan Jihadist orang Muslim. Mereka melihat Jihadist macam 'terrorist'. Maka saya nak memperbetulkan kekeliruan kita mengenai istillah ini supaya kita tidak terikut-ikut dengan cara hidup orang lain." kata Mashitah

Beliau juga akan membangkitkan isu fahaman pluralisma, liberalisma dan syiah yang sedang membarah dalam institusi kemasyarakatan kita kini. Perkara ini perlu ditangani dengan lebih serius dan segera sebelum ia menjadi nanah yang meracuni pemikiran umat Islam terutamanya generasi muda di negara ini.

"Saya rasa inilah masanya sebagai seorang pendakwah, saya harus memberi kesedaran dan insyaalah saya berharap apa yang akan saya utarakan nanti akan dibawa oleh perwakilan untuk dibincang oleh bahagian masing-masing." tambah Mashitah.

Pemilihan Mashitah untuk berucap pada PAU kali ini tepat pada masanya dan topiknya pula kena dengan permasalahan yang semakin meruncing di negara kita ini. Diharap ucapan Mashitah ini dapat membuka mata seluruh umat Islam akan peri pentingnya kita bertindak sekarang bagi mempertahankan kesucian dan nilai-nilai Islam dari kepupusan terancang.


Sama-samalah kita mendengar huraian isu-isu yang akan diucapkan oleh Dato Dr Mashitah di Perhimpunan Agung UMNO 2014 petang ini.

1 comment:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH dgn. KETEGASAN Dato Dr Mashitah Ibrahim ini!

    Aku harap Dr. Mashitah/Wanita UMNO juga akan beri perhatian atas FITNAH psl. "Islamisasi" kat Sek. kebangsaan ni oleh si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI - mereka sedg. meniru MO salah satu TUAN PENAJA mereka, si rejim British-diKUASAI-ZIionis-KEPARAT; yg. sedg. mensasarkan sekolah/kolej Islam di seluruh UK, utk di 'Barat-Zionis'kan/diTUTUP dgn. menggunakan ideologi FITNAH 'Ekstremis Islam'!

    FITNAH 'Islamisasi' ke atas Sek- Kebangsaan kat NEGARA ISLAM kita ini, tidak boleh dipandang RINGAN kerana mereka MENGHASUT Bukan Islam, terutamanya BUMIPUTERA Kristian Sabah/S'wak MEMBENCI Islam/umatnya terutama Bumiputera Melayu, Bahasa Melayu/Bahasa Kebangsaan serta Sek. Kebangsaan. JENAYAH hasutan ini juga MELANGGAR undg-undg Perlembagaan berkaitan ISLAM sbg. AGAMA NEGARA, yg. berhak disebarkan termasuk di sekolah. Jadi, baiklah MAIN/KDN juga masuk campur - bukan hanya Kem. Pendidikan.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete