Bila nak buat kerja ekspres ni lah hasilnya. Mop lantai yang digunakan oleh salah seorang pekerja di restoran terbabit mengambil jalan mudah membersihkan tempat tebar roti seperti yang dihebohkan di dalam media sosial.
Difahamkan pemilik restoran terbabit tampil memberi penjelasan mengenai perkara ini. Insiden terbabit sememangnya berlaku, tapi bukan digunakan pada tempat menebar roti. Meja yang dibersihkan itu adalah meja membungkus Tom Yam. Pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap pekerja terbabit.
Jika perhatikan kebersihan restoran mamak begini adakala meragukan dan beberapa restoran mamak terkemuka lain yang mengabaikan kebersihan. Bila di bahagian meja makan para pengunjung memang nampak bersih sentiasa. Cuba ke bahagian dapur....
Kebersihan satu hal, ada juga kedai mamak yang kantoi menggunakan barang kotor yang dipercayai untuk melariskan jualan. Perisik tidak mahu sebut nama restoran yang pernah heboh dengan insiden ini.
No comments:
Post a Comment