Wednesday, November 26, 2014

Perkhidmatan Bas Hentian Putra Berpindah Ke TBS


Untuk makluman pembaca, tiada lagi perkhidmatan bas ekspress akan beroperasi di Hentian Putra bermula 1hb Disember ini. Harap berita perpindahan ini dipanjangkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang biasa menaiki bas untuk ke pantai timur di sana.

Semua operasi perkhidmatan bas ekspres akan berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang kebiasaannya menjadi lokasi bas untuk ke Selatan. Keputusan perpindahan ini dibuat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) selepas menerima laporan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Laporan DBKL mendapati hentian ini tidak lagi bersesuaian dan selamat berdasarkan struktur binaanya yang semakin uzur dan boleh mengancam keselamatan pengguna. Jika kita perhatikan, lokasi tersebut tidak lagi sesuai dengan penambahan kapasiti pengguna, sehingga ada bas yang mengambil dan menurunkan penumpang di tepi lebuhraya yang menimbulkan kesesakan jalan raya.

TBS dilihat sebagai jalan penyelesaian jangka panjang yang berlaku di Hentian Putra. Terminal ini masih mampu kemasukan bas ekspres dengan ruang parkir yang luas dan tempat menunggu yang lebih selesa. Sistem kaunter tiket bersepadu yang ada di terminal ini dijangka dapat membanteras kegiatan penipuan ulat tiket.




Banyak kemudahan disediakan di TBS ini dengan rel LRT dan Komuter dan ERL Transit/Ekpres seolah-olah menjadi pusat rangkaian perhubungan dari satu lokasi ke lokasi yang dilalui oleh semua sistem pengangkutan ini. Merupakan pilihan tepat kerana mampu mempertingkatkan mobiliti rakyat untuk pulang ke kampung, ke kerja dan lain-lain.



No comments:

Post a Comment