Sunday, January 24, 2016

Tuduhan Pelik Dikaitkan Produk McDonald's Malaysia



Perisik temui pelbagai kisah-kisah tahyul yang telah berlegar berulang kali di dalam media sosial, blogger dan forum-forum di Malaysia. Ramai pula yang terpedaya mainan nakal netizen dan para pemboikot yang ingin menjejaskan perniagaan McDonald's. Tapi elok juga dikongsikan sedikit pengalaman ni.

Antaranya ada yang berulang kali memainkan video ayam yang masih mempunyai bulu dikisar bagi mendapatkan daging hancur. Digambarkan bulu ayam menjadi sebahagian dari resepi penyediaan produk sajian McDonald's. Masalahnya ramai terus percaya dari tajuk video tersebut. Bila dilihat peralatan digunakan hanya kegunaan di rumah. Bukan tahap industri. Latar belakang video terbabit juga seperti di dalam studio. 



Apa yang berlaku adalah, video terbabit adalah bagi tujuan lain. Tetapi telah dicedok oleh netizen lain dan memuat naik dengan tajuk lain mengaitkan McDonald's. Seolah itu cara produk McDonald's dihasilkan?! Ada juga beberapa video lain seperti seekor lembu yang dimasukkan hidup-hidup ke dalam mesin pengisar. Sekali lagi tajuk diubah bagi mengaitkan McDonald's. Tidak semena-mena nama McDonald's diburukkan.

Ada juga video yang menuduh McDonald'd menggunakan sejenis bahan 'pink slime' bagi menghasilkan nugget. Perkara tersebut menjadi hebahan bukan sekadar media sosial. Malah mendapat perhatian media utama di luar negara. Pihak McDonald's telah pun menafikan mengenai perkara terbabit lebih awal.



Isu kitar semula juga dibangkitkan seperti status Halal McDonald's kononnya telah ditarik balik oleh JAKIM. Berulang kali juga JAKIM terpaksa membuat penjelasan rasmi bagi membetulkan keadaan. Tapi jangan terkejut bila tuduhan, video dan gambar memburukkan McDonald's Malaysia ini dibangkitkan semula.



Bagi yang meniaga mesti pernah merasai sendiri bagaimana ada cubaan jahat pihak lain yang cuba menggagalkan perniagaan anda. Jadi perkara serupa berlaku terhadap McDonald's di Malaysia khususnya. Seharusnya kita mengkaji terlebih dahulu asas tuduhan yang dibangkitkan.

Kerana pihak McDonald's Malaysia begitu menitik beratkan mutu produk, kebersihan dan Halal. Dalam artikel perisik sebelum ini, ada menerangkan komitmen McDonald's dalam mematuhi piawaian Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Juga diterangkan bahan produk McDonald's yang disediakan oleh MacFood Services yang merupakan syarikat tempatan berpangkalan di Subang Jaya. 

Lebih lanjut:
Halal McDonald's Bukan Tangkap Muat
Malaysia Pembekal Utama Produk McDonald's Timur Tengah

No comments:

Post a Comment