Terletus sahaja isu bauksit di Pahang, telah membuka pekung peneroka Felda Bukit Goh yang gelap mata. Dalam lapar nak terkam janji nilai berjuta. Akhirnya melopong kena kencing dengan pelombong haram bauksit. Sawit tak ada, tanah ditarah duit yang dapat pula paling tinggi setakat RM50,000. Hasil keuntungan bauksit hilang entah kemana.
Ini yang dimaksudkan hati-hati bila bercakap! Kata-kata mungkin diangkat sebagai doa dan akhirnya termakbul. Kesudahannya pihak kerajaan negeri dan Felda juga jadi mangsa cacian rakyat akibat ketamakan peneroka. Mereka yang pajak tanah kepada pelombong haram, akhirnya perlombongan tidak terkawal sehingga membawa kepada pencemaran alam sekitar.
Kini peneroka yang membiarkan diri menjadi mangsa penipuan gigit jari, duit yang diterima awal sudah kering. Ada yang kembali buat kerja kasar, ada jadi jaga dan ada terpaksa niaga kecil-kecilan. Apa lagi yang boleh dilakukan bila tanah yang telah diberikan kerajaan bagi tujuan pendapatan peneroka di salah guna. Bila tertekan kerajaan pula dipersalahkan.
Namun melalui Felda ini banyak peneroka berjaya dikeluarkan dari kepompong kemiskinan. Keluarga yang dulu daif beralih ke pendapatan sederhana melalui Felda. Anak-anak peneroka juga berjaya mengecapi menara gading melalui hasil kelapa sawit ini. Ada yang jadi jurutera, juruterbang, arkitek, doktor, pengarah dan jutawan dengan satu langkah kecil yang bermula di tanah peneroka sendiri.
No comments:
Post a Comment